Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fadhilat dan Kelebihan Mereka yang Melakukan Solat Dhuha

Banyak juga hadis yang diturunkan kepada kita akan fadhilat menunaikan solat dhuha yang mana jika hamba tersebut melaksanakannya, pahala akan sentiasa mengiringinya. Antara salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya yang menunaikan solat dhuha ialah solat dhuha akan memberikan kita pahala di samping membuatkan diri kita ini sentiasa bertasbih, bertahlil dan bertakbir kepada Allah S.W.T.

Jika kita mengamalkan amalan-amalan tersebut ia juga dikira sebagai bersedekah seperti mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah di kira sebagai sedekah, setiap tahmid itu adalah sedekah, setiap tahlil itu pula adalah sedekah, dan setiap takbir itu juga adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Muslim)[3]

Selain itu, solat dhuha juga membuatkan manusia akan memperoleh pahala walaupun kamu tidak berniat untuk melakukannya tetapi bangun untuk menunaikannya. Hal ini dikuatkan lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam

Maksudnya : Telah diceritakan kepada kami oleh Abu Taubah, telah disampaikan kepada kami Haitham bin Humaid daripada Yahya bin Harith daripada Qasim Abi Abdir Rahman daripada Abi Umamah bahawasanya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam telah bersabda Barangsiapa yang telah keluar daripada rumahnya dalam keadaan suci untuk menunaikan solat maktubah (fardhu) maka pahalanya adalah seperti orang yang menunaikan haji, dan barangsiapa yang telah keluar untuk bertasbih dhuha maka tidak lain tidak bukan ia memperoleh pahala seperti orang yang mengerjakan umrah, dan kemudian solat (fardhu) ke atas solat (sunat) itu maka janganlah melakukan perkara lagha (sia-sia) seperti yang telah ditetapkan di dalam kitab (Al-Quran).[4]  (HR Abu Daud)

APAKAH ITU DHUHA?

Maksud dhuha dari segi bahasa adalah merujuk kepada waktu dhuha.[5]  Manakala maksud solat dhuha itu sendiri ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu matahari bermula naik kira-kira 28 minit selepas waktu syuruk. Sebahagian ulama ada yang menganggap bahawa solat dhuha itu ialah solat isyraq  Mereka menisbahkan perkataan isyraq itu kepada waktu syuruk seperti mana yang kita sedia maklum waktu syuruk adalah selepas terbitnya matahari pada waktu subuh.

Ada sebahagian ulama menisbahkan solat dhuha ini adalah solat isyraq. Akan tetapi, para fuqaha pula berbeza pendapat akan mengenainya. Mereka berpendapat bahawa solat dhuha itu berbeza dengan solat isyraq. Secara kesimpulannya, para ulama bersepakat bahawa solat dhuha adalah zat yang disandarkan dengan solat isyraq berdasarkan ayat Al-Quran Surah Sadd 38, 18 :

Maksudnya : Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan gunung-ganang untuk bertasbih bersama dia (Daud) pada waktu petang dan pagi.

Ayat Al-Quran yang Allah telah turunkan kepada kita ini adalah menerangkan kepada hambanya semua makhluk yang diciptakan oleh Allah bertasbih pada waktu pagi dan petang. Perkataan pagi di sini adalah merujuk kepada waktu syuruk selepas waktu solat subuh. Oleh itu, mereka sepakat bahawa solat dhuha ialah sesuatu solat yang disandarkan ketika berlakunya waktu syuruk.

[3] Muslim. Muslim Bin Hajjaj Abu Hasan al-Qasyiri al-Naisaburi. 261H/875. Musnad as-Sahih al-Mukhtasar bi naqal ‘adal ila Rasululillah Sallahu ‘Alaihi Wasallam (Sahih Muslim). Beirut : Dar Ehyak at-Turath al-Arabi

[4 Abu Daud. Abu Daud Sulaiman bin ‘Asyas. 202H/817. Sunan Abi Daud. Beirut : Maktabah al-Asariyyah

[5] Ibnu Faris. 2002. Maqayis Lughah. hlm 306 jilid 1. Damsyik : Dar Ittihad al Kitab al Arabi.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More