Sumber Rujukan Globalisasi Anda

aktiviti meransang otak kanan

Rangsangan otak kanan dengan teknik yang betul mampu menjadikan anak anda pintar. Ibu dan bapa perlu bijak memainkan peranan membantu merangsang otak kanan si kecil.
.
Perlu diingat yang setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza kerana mereka menerima rangsangan yang berbeza daripada ibu bapa masing-masing.
.
Bagaimanapun masih belum terlambat untuk ibu bapa membantu merangsang perkembangan anak mereka menjadi lebih pantas. Perkembangan anak boleh dilakukan dengan cara merangsang peranan otak kanan mereka.

Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.


4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.


6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.


8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Disarankan tidak perlu lama membuat aktiviti ini, cukup sekadar 30 minit untuk mengelakkan anak anda bosan. Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More