Sumber Rujukan Globalisasi Anda

AWASI keluarga anda, jika langgar PKP buruk padahnya

Kerajaan telah membuat perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 mac 2020 sehingga 31 mac 2020 untuk fasa yang pertama. Kini sudah memasuki fasa yang kedua bermula pada 1 april 2020 hingga 14 april 2020. Biar pun sudah memasuki fasa yang kedua, jangkitan wabak covid-19 ini masih terus meningkat akibat dari sikap mereka yang ingkar arahan PKP yang telah di tetapkan. Mereka yang ingkar tetap tidak ambil endah saranan kerajaan dengan hanya duduk di rumah. Kerajaan terpaksa melaksana PKP ini kerana ingin memutuskan rantaian wabak covid-19 yang sudah menjadi pandemik di seluruh negara tetapi masih ramai yang tidak faham akan tindakan kerajaan ini seolah-olah mereka ini tidak menyusahkan orang lain. Akibat dari tindakan mereka ini PKP ini harus dipanjangkan lagi tempoh sehingga wabak ini berjaya di tangani.

SETAKAT 1 April, seramai 378 individu menjalani hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima pesalah yang melanggar PKP seramai 378 orang.

“Kami juga maklum kenyataan ditularkan di WhatsApp dan beranggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk memberikan pesanan dan nasihat kepada pihak luar terutamanya keluarga supaya sentiasa memantau pergerakan ketika PKP dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular dakwaan peringatan daripada wadar penjara yang menerima pesalah PKP kategori juvana dan dewasa setiap hari.

Menurut pesanan whatsapp tersebut, beliau sedih melihat akan masa depan anak bangsa yang perlu  tinggal di dalam tembok tersebut bersama penjenayah yang melakukan kesalahan berat padahal kesalahan mereka sangat kecil. Tetapi disebabkan mereka ingkar PKP, ini juga dikategorikan sebagai jenayah.

Mereka yang ditahan juga tidak di dapat berjumpa keluarga sehingga PKP ini tamat, kerana perjumpaan tidak dibenarkan. Rekod mereka sebagai banduan kekal hingga ke akhir hayat, mereka tidak berpeluang langsung menjawat jawatan seperti polis, tentera atau apa sahaja kerja kerajaan. Perkara ini sangat merugikan, kerana ada antara mereka yang tertangkap mempunyai potensi untuk berjaya. Bagaimana pula yang tertangkap itu adalah murid yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan lain-lain? Walaupun tempoh maksimum penjara adalah 6 bulan sahaja tetapi mereka akan ketinggalan pelajaran. Sepanjang tempoh PKP, program pemulihan banduan juga dihadkan.  Perkara yang di lihat merupakan kesalahan kecil di mata mereka, boleh membuatkan masa depan mereka sia-sia. Kerajaan hanya mahu kita patuh duduk di rumah sahaja, tidak perlu jadi seperti “frontliner” yang bertungkus lumus membantu pesakit. Kerajaan juga bantu dari segi kewangan pada mereka yang terjejas. PKP ini juga untuk keselesaan kita semua di masa hadapan.

Sehubungan itu, orang ramai dirayu menjaga ahli keluarga supaya tidak menjadi penghuni penjara. Hanya duduk di rumah, hanya untuk seketika. Jika sudah terhentinya wabak ini, jalanilah kehidupan anda seperti biasa. Kerajaan sedang membantu kita dengan bersusah payah. Kita bantu kerajaan dengan hanya DUDUK DI RUMAH.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More