Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA TANAM KESUM HANYA GUNA KERATAN BATANG, TUAI HASIL DALAM 2 MINGGU

Kesum adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia dikenali juga dengan nama botaninya polygonum minus. Pokok kesum merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat diMalaysia dan negara beriklim tropika.

Dalam suasana perayaan ini ramai yang mencari daun kesum, untuk dimasak asam pedas ataupun laksa. Waktu beginilah hendak dapatkan daun kesum sangat susah, jadi di sini disertakan cara menanam kesum dari keratan batang yang mudah dan boleh di tuai seawal dua minggu.

Jom cuba teknik yang dikongsikan oleh Mikka Medinna ini, sememangnya mudah tanpa menggunakan tanah. Hasilnya tetap menjadi.

Bahan yang perlu ada cuma:

  • besen biasa
  • besen penapis
  • keratan batang pokok kesum

Isi Kandungan

1. PETIK BATANG KESUM

Mula-mula, petik sedikit bahagian batang kesum tu.

Pilih batang yang keras sikit, jangan lembut sangat sebab nanti keratan tu akan tumbuh akarnya.

Kemudian masukkan di celah-celah penapis.

cara tanam kesum

2. BUBUH AIR DALAM BESEN

Nak mudah kawal paras air, tebuk sikit besen tu.

Maksudnya kalau terlebih air masa disiram, ia akan melimpah keluar sendiri.

CARA TANAM KESUM HANYA GUNA KERATAN BATANG, TUAI HASIL DALAM 2 MINGGU 1

Nampak tak lubang tu?

Kalau tak nampak, boleh tengok dalam bulatan dekat bawah ni.

cara tanam kesum

3. BIARKAN & SIRAM

CARA TANAM KESUM HANYA GUNA KERATAN BATANG, TUAI HASIL DALAM 2 MINGGU 2

Tak perlu guna baja, siram guna air basuhan beras pun boleh.

cara tanam kesum

HASILNYA SELEPAS 2 MINGGU

Beginilah hasilnya lepas 2 minggu.

cara tanam kesum

mudah kan?

Jom kita tanam daun kesum sendiri. Hendak masak hanya tinggal petik sahaja tidak perlu beli lagi. Selain mudah ditanam, kita juga dapat jimatkan duit.

 

Kredit: Mikka medina

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More