Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID-SENI 2020????

Nampaknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai isu yang timbul lebih-lebih lagi melibatkan bantuan yang diberikan kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN).Ada segelintir penggiat seni dikatakan tidak berpuas hati dengan PRIHATIN yang dikatakan tidak membantu meringankan beban mereka tatkala negara dilanda wabak Covid-19.

Baru-baru ini, beberapa orang artis telah menyuarakan pendapat memohon bantuan khusus untuk meringankan beban yang ditanggung anak seni. Kenyataan tersebut walaubagaimanapun mengundang kritikan ramai kerana artis dilihat menjalani kehidupan mewah di laman sosial.

Terbaru, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengemukakan beberapa cadangan bantuan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan termasuklah bantuan khas untuk penggiat seni.

Apakah bentuk bantuan one off kepada penggiat seni filem, drama dan muzik perlukan?
Dan bagaimana SENIMAN dapat mencadangkan bantuan yang bersesuaian melalui Kementerian komunikasi multimedia menerusi pakej rangsangan ekonomi 2.0 Covid-19?

1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Covid19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan : BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)

2) Bantuan khas E-Tunai atau tunai RM500 hingga RM1000 menggunakan pembayaran pembayaran melalui elektronik fund transfer (EFT) Saraan (mengikut kriteria) semasa krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa Perintah Perkawalan Pergerakan (PKP)

3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.

4) Baucer keperluan diri dan rumah untuk anak seni, jaminan kerajaan melalui KPDHEP dengan kerjasama pasaraya seperti Tesco, Giant, NSK, Mydin, dan sebagainya.

5) Pemeriksaan Covid-19 kesihatan percuma untuk penggiat seni di hospital kerajaan atau swasta (yang memerlukan sahaja)

6) Dana khas persatuan-persatuan seni bagi kempen Covid-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

7) Sistem bantuan penggiat seni yang tidak mempunyai KWSP. Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

Tetapi lain pula pendapat segelintir artis, antaranya adalah Naim Daniel. dalam kenyataannya pada temuramah bersama wartawan Sudyr Tahir di dalam live ig,

Katanya, “Artis ke pekerja industri ke kita semua rakyat Malaysia. Term rakyat Malaysia tu dah merangkumi semua, tak kira awak penyanyi ke pelakon ke komposer ke. Awak rakyat Malaysia tak kiralah bujang atau sudah berkahwin. Jadi minta je bantuan macam biasa.

Naim rasa selama ni pun, kalau ada apa-apa pun memang itu peruntukan yang kerajaan beri. Inilah masanya, kita tak perlu nak label diri kita dalam group tertentu. Naim rasa benda tu kita kena tengok pada sudut kemanusiaan. Kalau Naim sendiri pun, kalau perlu why not Naim minta je macam biasa?

Sebab Naim tak rasa perlu bantuan khusus ke apa. Itu atas inisiatif unit artis tu sendiri kalau nak bantu veteran atau sebagainya. Naim rasa kita ada banyak lagi perkara penting untuk diperdebatkan. Kerajaan dah keluarkan pengumuman, ikut je. Minta je bantuan macam biasa. Naim kalau terdesak pun Naim boleh minta. Semua orang boleh.

Kalau nak bantuan khusus mungkin perlu dibincangkan sektor masing-masing. Kalau sudah dikeluarkan kerajaan, inilah ketetapannya. Follow je. Naim rasa tiada masalah pun.

Kita tak selamanya di atas, kita kena ingat untuk kumpul. Kumpullah sebanyak mana kita boleh kumpul. Dari kita dapat kongsi rezeki untuk diri kita, kita boleh juga bantu orang lain.”

Mengakhiri perbualan, Naim berpendapat tidak perlu bantuan khusus untuk golongan tertentu. Semua orang seharusnya mengikut seperti mana yang sudah diperuntukkan kerajaan. Jika memerlukan, seseorang haruslah memohon mengikut saluran yang betul.

Ada betul juga kata Naim Daniel ini, kerajaan sudah beri, artis pun rakyat juga jadi mohon sahaja mengikut saluran yang kerajaan sudah sediakan tidak perlu tuntut di beri bayaran khas.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More