Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khasiat Halia Terhadap Kesihatan

Khasiat halia terlalu banyak untuk kita bincangkan di dalam artikel kali ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Halia

Halia merupakan herba tradisional yang banyak digunakan dalam masakan juga untuk kesihatan.

Ia mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi apabila dimasak dan selalu dijadikan sebagai penambah perasa dalam masakan, ia juga membantu membuang bau hanyir bagi pelbagai masakan.

Satu lagi keistimewaan halia ialah ia dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Sangat sesuai menghilangkan ketidakselesaan perut.  Memang bagus dan berkesan!  

khasiat halia

Khasiat Halia

Terdapat banyak lagi khasiat dan manfaat halia yang perlu kita ketahui.  Mari kita semak.

1. Mengekalkan Peredaran Darah Normal

  • Pengambilan halia yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula serta menstabilkan tekanan darah.
  • Ini kerana halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu untuk melancarkan aliran darah serta mengelak dari kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2.  Penahan Sakit Semulajadi

  • Khasiat halia juga sebagai ubat penahan sakit semula jadi yang kuat kerana ia mengandungi gingerol dan shagaol iaitu bahan anti-radang yang paling mujarab.

3.  Membantu Mengurangkan Berat Badan

  • Khasiat halia juga mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkan selera makan.  Secara tidak langsung, halia dapat membantu mengurangkan berat badan.

4. Mencegah Demam dan Selesema

  • Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia.
  • Untuk merawat demam dan selesema bagi orang dewasa, disyorkan untuk merendam dua sudu besar halia segar yang telah dicencang ke dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

5.  Bagus untuk Sistem Pencernaan

  • Halia sangat bagus untuk sistem pencernaan, ia membantu meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.
  • Halia juga berfungsi merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

6. Meningkatkan Sistem Imun dan Mengurangkan Risiko Strok

  • Khasiat halia yang lain boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.
  • Pengambilan halia setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

7. Antioksidan

  • Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.  Ia membantu mempercepatkan proses pembaharuan sel dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekaligus melambatkan proses penuaan.

8. Memulihkan Batuk Berkahak

  • Jika anda mengalami gangguan pernafasan dan tidak keselesaan tekak kerana batuk, halia dapat membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak.  Dengan cara ini anda boleh pulih dengan cepat daripada batuk dan kesukaran bernafas.

Halia herba tradisional yang murah dan mudah di dapati ini,  sememangnya tersembunyi pelbagai khasiat yang kadangkala kita sendiri tidak memikirkannya.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan boleh dijadikan amalan bagi kesihatan anda semua.  

Menarik untuk dibaca: Khasiat serai wangi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More