Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik di Dunia yang Perlu Anda Tahu

Perkahwinan adalah satu ikatan rasmi pertalian bagi pasangan suami dan isteri.  Ia adalah hari paling bahagia yang dinanti-nanti oleh bakal pasangan mempelai untuk mengikat hubungan cinta ke peringkat yang lebih rasmi.

Setiap negara atau kaum mempunyai adat-adat tradisi tertentu dalam mengadakan perkahwinan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.   Ia akan diadakan mengikut kepada tradisi, kepercayaan (agama), budaya dan pelbagai faktor lagi.

Namun, tahukah anda, terdapat tradisi perkahwinan di beberapa buah negara ini yang pelik dan jijik?

Berikut senarai antara lima jenis tradisi perkahwinan yang paling pelik di dunia.

Isi Kandungan

Mari kita tengok antara perkahwinan yang paling pelik

1.  PERANCIS : Le Pot de Chambre

Tradisi di Perancis ini agak menjijikkan.

Sebelum berakhirnya majlis, pengantin akan dihidangkan dengan satu bekas berisi campuran lebihan arak, coklat cair, pisang dan tisu tandas.

Pengantin diminta untuk menghabiskannya sebelum meninggalkan majlis.  Mereka mempercayai ianya akan membina stamina pengantin.

perkahwinan

2. SCOTLAND : Pengantin dikotorkan dan diarak

Di Scotland, beberapa hari sebelum majlis perkahwianan berlangsung, pengantin akan ‘diculik’ oleh keluarga dan rakan-rakan.  Mereka kemudiannya akan mengotorkan bakal pengantin dengan benda-benda kotor seperti bir, ikan busuk, tepung dan sebagainya sebelum diarak sepanjang jalan.

Masyarakat di Scotland percaya dengan tradisi ini kehidupan para pengantin akan membawa nasib baik dan berjalan dengan lancar.

Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik di Dunia yang Perlu Anda Tahu 1

3.  INDIA : Joota Chupai 

Di India, tradisi joota chupai akan diadakan semasa pengantin lelaki naik ke pentas persandingan,  keluarga pengantin perempuan akan mencuba untuk mencuri dan menyembunyikan kasut pengantin lelaki.

Sekiranya kasut berjaya dicuri, pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang demi mendapatkan kembali kasut beliau.

Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik di Dunia yang Perlu Anda Tahu 2

4. KANADA : Tarian Stokin Berwarna-warni

Di Kanada, menjadi tradisi bagi adik-beradik yang belum berkahwin dan yang lebih berusia daripada pengantin akan menari dengan memakai stokin yang berwarna-warni dan pelik. Selain itu, mstar juga ada share berkenaan dengan artikel berkaitan seperti ini.

Tetamu yang berpuas hati dengan warna stokin dan persembahan mereka akan mencampakkan duit kepada kumpulan penari tersebut.  Sebahagian besar daripada wang tersebut akan diberikan kepada pasangan pengantin.

Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik di Dunia yang Perlu Anda Tahu 3

5. JERMAN : Baumstamm Sägen

Selepas selesai upacara perkahwinan, pengantin akan diminta untuk melakukan tradisi baumstamm sägen iaitu memotong sebatang kayu kepada dua bahagian menggunakan gergaji tangan semasa masih berpakaian pengantin.

Simbolik tradisi ini dilakukan bagi mengambarkan kepada kehidupan selepas berkahwin iaitu suami dan isteri perlu bekerjasama dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Ini 5 Tradisi Perkahwinan Paling Pelik di Dunia yang Perlu Anda Tahu 4

Seperti semua sedia maklum, di seluruh dunia mempunyai pelbagai adat-adat tradisi tertentu dalam majlis perkahwinan mereka.  Tidak kira samada ia pelik, jijik atau sebagainya.  Tradisi inilah yang sebenarnya menambah keunikan setiap perkahwinan itu.

Jadi, kepada pasangan yang ingin berkahwin, anda boleh lah melayari Sistem Pendaftaran dan Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia sekarang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More