Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Buat 6 Aktiviti Sepanjang PKP

Ibu bapa perlu merancang pelbagai aktiviti Sepanjang PKP agar anak-anak tidak bosan berada di rumah. Sudah masuk hari ke 9 Perintah Kawalan Pergerakan ni. Sudah pasti anda di rumah pun mulai rasa bosan dan bingung sendiri mahu buat apa selepas ini, apalagi selepas PM umumkan PKP ini dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020.

Sebenarnya banyak aktiviti sepanjang PKP yang boleh dilakukan di rumah bersama keluarga ataupun rakan anda untuk menghilangkan kebosanan. Tidaklah hanya berjalan ke bilik tidur, ruang tamu dan dapur sahaja.

Isi Kandungan

Aktiviti Sepanjang PKP

Mari kita tengok senarai beberapa aktiviti sepanjang PKP yang bermanfaat yang anda boleh lakukan.

1. Menonton Pelbagai Rancangan

Duduk dirumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan  ini anda boleh menonton pelbagai rancangan samada online atau offline.

Bagi yang ada melanggan ASTRO tu, bolehlah menonton movie. ASTRO kan ada umumkan pihak mereka buka semua CHANNEL FREE sepanjang PKP (18-31hb Mac2020)berlangsung. Untuk lanjutan PKP, penulis kurang pasti pula.

Untuk anda yang tiada langganan ASTRO, bolehlah menonton IFLIX. Yang mana pihak Iflix juga ada buat pengumuman tentang khidmat Iflix SECARA PERCUMA. Apalagi?Korang bolehlah download aplikasi Iflix di telefon pintar anda sekarang kemudian carilah movie atau drama yang belum ditonton.

Jika masih juga tidak tahu mahu buat apa, cubalah buka YOUTUBE. Boleh tengok pelbagai resepi, tutorial dan banyak lagi yang boleh mendatangkan ‘kerja’ dirumah sepanjang tempoh PKP.

2. Membaca Buku atau Majalah Secara Offline atau Online

Buat anda yang memang ulat buku sebelum ini, apa salahnya jadi ulat buku semula?Manalah tahu, buku-buku atau majalah-majalah lama masih tersimpan rapi. 

Atau jika bosan dengan buku atau majalah yang sama, Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan 1 laman yang mana sesiapa saja boleh membaca buku secara online di pautan tersebut, jangan risau kerana anda boleh baca lebih 13.2 juta bahan digital secara percuma yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Libby dalam telefon pintar anda.

3. Cuba resipi

Masuk hari ke 9 ni, penulis nampak di wall Facebook sendiri orang-orang yang post macam-macam menu masakan. Ada yang mencuba Coffee Dalgona, Murtabak Maggi dan ada banyak lagi sebenarnya. Apa kata anda cuba resipi baru dan serlahkan skill anda di rumah. Jika anda tidak pandai masak, ini masanya anda belajar dan polish skill anda agar boleh memasak.

Mana tahu lepas ini anda memasak boleh jadi hobi anda pada setiap hujung minggu. Anda boleh lihat video resepi di YouTube.

4. Bermain Permainan

Catur, Scrabble, Monopoli dan banyak lagi permainan tanpa gunakan telefon pintar yang boleh anda tambah dalam list aktiviti sepanjang PKP anda.

Bila kali terakhir anda meluangkan masa bersama keluarga anda? Pastinya disebabkan sibuk dengan kerja, anda jarang meluangkan masa bersama keluarga.

Apa kata anda keluarkan permainan lama anda seperti congkak, jutaria, batu seremban dan pelbagai lagi dan main permainan tersebut bersama keluarga anda. Mesti seronok bermain bersama keluarga.

Masa ini juga lah anda dapat bersama dengan anak-anak (bagi yang berkeluarga).

5. Serlahkan kreativiti

Anda sudah bosan dengan dekorasi rumah anda? Gunakan waktu ini untuk mengubah dekorasi rumah anda adalah salah satu aktiviti sepanjang PKP yang anda boleh lakukan.

Anda tiada idea untuk menyerlahkan kreativiti anda? Apa lagi, anda boleh cari digoogle untuk melihat dekorasi yang ada untuk anda memulakan langkah menghias rumah anda. Kiranya raya nanti tidak perlulah pening kepala nak menghias rumah.

6. Bersenam Atau Workout di Rumah

Jangan kata hanya keluar rumah dan pergi gym sahaja boleh bersenam. Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan, kita haruslah menjaga kesihatan juga dan di rumah pun boleh bersenam.

Anda boleh lihat di YouTube video senaman yang boleh dilakukan di rumah tanpa peralatan yang lengkap seperti di gym.

Seperti penulis sendiri, bagi mencabar diri sendiri penulis sertai Fitness Challenge. Kalau sebelum ini kerap sertai Virtual Run, tetapi selepas PKP ini tidak dapat melakukan larian untuk Virtual Run, maka beralih kepada Fitness Challenge. Ianya seperti menyertai Virtual Run, bezanya cabaran tersebut dibuat dalam rumah saja. Setakat ini penulis telah habiskan 3 challenge.

Rutin workout pun senang-senang jer.

Tunggu apa lagi? Bolehlah anda rancang mahu lakukan apa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan lagi ni.  Ada banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan, terpulang pada kita sendiri mahu buat atau tidak.

Apapun pastikan anda berada dirumah. #StayAtHome #COVID19

Menarik untuk baca: 8 Tips Paling Berkesan Supaya Anak Suka Membaca

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More