Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MANFAAT RENDAMAN KAKI DI DALAM AIR PANAS BERCAMPUR GARAM

Garam, juga dikenali sebagai garam makan,sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan. Tanpa garam, tidak berasalah hidangan yang disediakan. Hal ini, menjadikan garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu. Namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Antara salah satu kegunaan lain garam selain untuk makanan adalah merendam kaki dalam air panas yang di campur dengan garam. Ianya dipercayai mampu menyingkirkan racun dalam badan dan menghilangkan bau kaki selain melancarkan peredaran darah.

Amalan merendam kaki di dalam air panas yang dicampur dengan garam ini popular dalam kalangan masyarakat Cina. Ia dapat meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mencegah daripada menghidapi demam seperti disarankan oleh perubatan tradisional Cina.

Kandungan garam dalam air panas dapat menjadikannya sebagai antiseptik yang meredakan infeksi pada kaki.

Terdapat pelbagai manfaat lain apabila anda merendamkan kaki di dalam air panas yang dicampur garam ini, antaranya:

Isi Kandungan

Merawat kulit kaki pecah

Pasti anda berasa malu apabila orang melihat kulit pada bahagian tumit anda pecah dan kasar. Melakukan kerja-kerja di dapur dengan kerap sememangnya akan menyebabkan tumit anda pecah apatah lagi lantai yang dipijak berada dalam keadaan basah atau lembap.

Untuk mengatasi masalah itu, rendamkan kaki di dalam air panas dan garam bertujuan menanggalkan sel mati yang menyebabkan tumit anda pecah.

Mengatasi selsema, demam, dan batuk

Serangan selsema, demam, dan batuk dapat diatasi dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam kerana proses rendaman kaki tersebut menyebabkan seluruh badan berpeluh. Kelebihannya adalah badan terasa lebih segar dan bisa-bisa badan akan berkurangan.

Melegakan sakit kepala

Selain dapat mengatasi selsema, demam, dan batuk merendam kaki dalam air panas dan garam juga dipercayai mampu melegakan sakit kepala.

Melancarkan peredaran darah

Air panas yang dicampur dengan garam dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Kesannya adalah tubuh badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

Mencegah serangan stroke

Hidroterapi atau merendam kaki dalam air panas dan garam adalah satu langkah untuk mencegah dan merawat stroke kerana ianya memberi kesan ketenangan dan melancarkan peredaran darah kerana air panas dapat mengembangkan saluran darah.

Justeru, merendam kaki didalam air panas bercampur garam banyak manfaatnya. Semoga kita dapat mengamalkannya seisi keluarga untuk kesihatan yang berpanjangan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More