Sumber Rujukan Globalisasi Anda

myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk Pertama Kali

Apakah myBSN Online?

MyBSN online merupakan platform atau portal yang memberi peluang kepada semua pelanggan BSN untuk membuat urusan secara atas talian.

Antara kelebihan BSN Online adalah:

  1. Pemindahan Dana
  2. Semak Rekod Transaksi
  3. Pembayaran Pinjaman
  4. Pembayaran Bil
  5. pembelian Sijil Simpanan Premium (BSN)

Untuk membuat pendaftaran secara online anda perlu mempunyai akaun dengan BSN,kad ATM dan No. Pin ATM.

Cara Daftar BSN Online

  1. Mula-mula, sila ke portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Klik butang REGISTER untuk mendaftar keahlian baru di portal diatas.
  3. Pastikan anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tekan  pada kotak ruangan ACCEPT.
  4. Tekan butang NEXT.
  5. Isi No. Kad Bank anda beserta no CVV2 (iaitu nombor 3 digit) yang terletak di belakang kad anda.
  6. Masukkan tarikh luput kad yang tertera di bawah nombor kad anda dan isi di ruangan EXPIRY DATE.
  7. Masukkan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan dan tekan butang NEXT untuk ke halaman seterusnya
  8. Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang kita nak guna dan senang ingat. Pastikan PASSWORD melebihi 8 angka atau abjad.
  9. Masukkan PASSWORD yang sama di ruang CONFIRM NEW PASSWORD.
  10. Tekan REQUEST OTP dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan tekan butang CONFIRM.
  11. Kod OTP tersebut akan diterima melalui no telefon yang anda daftarkan untuk akaun BSN secara SMS daripada BSN.
  12. Pilih satu imej pilihan dalam ONLINE IMAGE sebagai pengesahan semasa setiap kali anda login MyBSN.
  13. Akhir sekali, tekan butang SUBMIT dan anda bolehlah login myBSN online banking selepas ini.

myBSN

Cara Login BSN Online Untuk Pertama Kali

Selepas selesai daftar BSN online banking, kita dah bolehlah gunakan perkhidmatan internet banking seperti membuat semakan baki akaun, penyata bank, pembelian dalam talian, pemindahan atau pengeluaran, dan sebagainya.

Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :

  1. Pergi ke laman web rasmi BSN online banking https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Masukkan USERNAME yang telah didaftarkan
  3. Klik butang LOGIN untuk ke halaman seterusnya
  4. Pastikan ONLINE IMAGE yang telah dipilih semasa mendaftar sama dengan paparan yang ditunjukkan
  5. Masukkan PASSWORD yang telah didaftarkan
  6. Kemaskini maklumat peribadi anda
  7. Pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih itu
  8. Selesai, anda kini boleh menggunakan perkhidmatan myBSN internet banking.

Maklumat Lanjut

Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara Daftar BSN Online Untuk Pertama Kali  iniakan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan  info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Cara memohon rumah mesra rakyat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More