Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Isi Kandungan

Pengenalan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah membuka satu program perguruan. Calon Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian boleh membuat permohonan pada Program Diploma Pendidikan telah dibuka di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ingin mempelawa calon – calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan juga beritizam untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah Fakulti Psikologi dan Pendidikan kemasukan Ogos 2021 bagi sesi akademik 2021/2022.

permohonan

Permohonan DPLI UMS 2021/2022

Program ini dibuka pada 1 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021 ini. Anda boleh membuat permohonan melalui secara dalam talian ( laman web rasmi UMS sendiri).

http://mohon.ums.edu.my/pasca/

Tempoh pengajian bagi Program ini adalah 1 tahun dan mod pengajian adalah sepenuh masa (Kerja Kursus).

Pengkhususan Yang Ditawarkan

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Kesihatan

Syarat Kelayakan Permohonan DPLI UMS

Antara syarat – syarat yang dikehendaki  untuk layak memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 30 tahun
  3. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM / SPM(V) atau lulus Kertas Khas Bahasa Melayu di Peringkat Universiti/IPTA tempatan yang diiktiraf. Principal Bahasa Melayu di Peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM / SPM(V).
  4. Sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
  5. Tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan / swasta atau kursus dalam tempoh cuti.
  6. Permohonan yang sedang mengikuti sebarang pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana – mana institusi tidak layak memohon.
  7. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya daripada IPTA / IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dengan PNGK minimum 2.5 atau Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada IPTA / IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dengan PNGK kurang daripada 2.5 boleh diterima jika mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan tidak kurang daripada 5 tahun.
  8. Pemohon yang ingin memohon untuk pengkhususan Pendidikan Islam, calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau bidang – bidang yang berkaitan. Kelayakan Bahasa Arab sekurang – kurangnya B (SPM).
  9. Pemohon yang ingin memohon untuk pengkhususan Bahasa Melayu, calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam Pengajian Sastera atau Bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
  10. Pemohon yang ingin memohon untuk pengkhususan Pendidikan Jasmani & Kesihatan hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan.
  11. Menunjukkan sijil asal Ijazah Sarjana Muda semasa temu duga dan pendaftaran.
  12. Lulus ujian MEdSI dan temu duga pengambilan.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Universiti Malaysia Sabah di:

Faculty of Psychology and Education

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Artikel lain:  Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP, Pendaftaran ePraSekolah, Pendaftaran Murid Tahun 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More