Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nama-nama Solat Dhuha & Dhuha Sebagai Pembuka Pintu Rezeki Umat Manusia

Bismillahir Rahman nir Rahim. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menciptakan langit, bumi dan seisinya. Kepada Dia-lah kita memohon dan kepada Dia-lah jua kita berserah atas segalanya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nastain wassalamu ala rasulillahi wa’ala alihi wasahbihi ‘ajmain. Alhamdulillah sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua krew di atas kesudian menerima sewarkah artikel saya yang bertajuk ‘Solat Dhuha Pintu Rezeki Untuk Umat Manusia’.

Para pembaca sekalian,

Apabila kita berbicara tentang solat dhuha, apakah yang kalian terlintas di fikiran tentang solat dhuha?. Apakah itu solat dhuha?. Baiklah, sebelum kita berbicara akan solat dhuha, maka moleklah kiranya kita mengenali serba sedikit akan pengenalan solat yang sering dilakukan oleh para usahawan yang menginginkan rezeki mereka melimpah-ruah, para pelajar yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan dan seumpama dengannya.

APAKAH ITU SOLAT? 

Tetapi sebelum itu, izinkan saya bertanya sekiranya pada suatu hari anda telah didatangi oleh seseorang yang bukan dikalangan orang beragama islam bertanyakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan solat?. Maka apakah jawapan anda yang sesuai berkenaan solat?.

Baiklah, kalimah solat adalah berasal daripada perkataan bahasa arab yang mana ia membawa maksud ‘mendoakan kesejateraan diri sendiri dan orang lain’,

Seperti mana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Taubah 9, 103 :

Maksudnya : Dan berdoalah kepada mereka, Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Maksud di sebalik ayat Al-Quran ini adalah merujuk kepada orang islam yang mana mereka ini solat semata-mata hanyalah untuk meminta keampunan daripada Allah. Maka jelaslah di sini bahawa solat itu adalah untuk mendoakan kesejateraan diri sendiri dan orang lain.

Selain daripada itu, para fuqaha’ juga telah menetapkan bahawa solat itu adalah dinisbahkan kepada segala perbuatan dan percakapan yang khusus dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Mereka menamakan itu solat adalah kerana di dalam solat itu meliputi segala aspek iaitu segala kebaikan dan kesejahteraan untuk diri sendiri dan orang lain.

Para pembaca yang dikasihi,

Allah telah mensyariatkan kepada semua makhluk untuk tunduk ke atasnya. Allah juga telah menegaskan kepada kita semua akan solat itu adalah aspek yang paling penting di dalam kehidupan seharian. Malah solat juga telah disebut di dalam rukun islam yang kedua iaitu menunaikan solat sehari semalam. Di situ juga terdapat pelbagai ayat Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambanya berkenaan dengan solat.

Antaranya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah An-Nisa’ 4, 103 :

Maksudnya : Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman.

Jelaslah di sini bahawa ayat ini membawa maksud solat itu adalah fardhu ke atas semua orang mukmin. Hal ini juga dikuatkan lagi dengan hadirnya hadis-hadis daripada Rasulullah berkenaan dengan kepentingan solat serta panduan bagaimana untuk menunaikan solat. Perlu diketahui juga bahawa solat itu terbahagi kepada dua kategori di mana ia di kategorikan kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu adalah solat yang hukumnya wajib untuk kita melaksanakannya, dan sesiapa yang meningggalkannya maka berdosalah ke atas dirinya. Manakala, solat sunat pula adalah solat untuk menambahkan lagi pahala ke atas seseorang muslim dan mukmin sesuai dengan maksud sunat itu sendiri dari segi bahasa iaitu menambah.

NAMA-NAMA SOLAT DHUHA

Solat dhuha adalah di bawah kategori solat sunat. Nama lain bagi solat dhuha ialah solat awwabin, Perkataan ‘awwabin’ itu merujuk kepada perkataan bahasa arab awwab ialah kembali kepada Allah dengan memohon keampunan daripadanya.[1]  Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis daripada Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam :

NAMA-NAMA SOLAT DHUHA.

Maksudnya : Telah diceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, dikhabarkan kepada kami Syu’bah, telah diceritakan kepada kami Abbas al-Jurairi (Ibn Farrukh), daripada Abi Usman an-Nuhdi, daripada Abu Hurairah Radiyallahu anhu, telah bersabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam: Aku telah di wasiatkan oleh Khalili (Nabi Ibrahim) dengan tiga perkara ke atasku jangan ditinggalkan perkara-perkara ini sehinggalah aku meninggal dunia iaitu puasa tiga hari pada setiap bulan (bulan-bulan islam), solat dhuha dan witir sebelum tidur.[2]   (HR Bukhari)

[1] Majmu’ah Al-Ulama’. Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah. Hlm 133-134 jilid 27. Mesir : Dar as-Sofwah

[2] Al-Bukhari. Muhammad Bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari. 256H/870. Al-Jami’ Musnad Sahih al-Mukhtar min umur Rasullullah Sallahu alaihi wassalam min ayyamuh (Sahih al-Bukhari). Dar Tauqun Najah

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More