Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Tips Lulus Ujian PTD Paling Mudah

7 Tips Lulus Ujian PTD ini sangatlah berguna untuk para peserta yang bakal menghadapi ujian PTD tidak lama lagi. Secara ringkasannya, peperiksaan secara atas talian bagi ujian PTD dilakukan adalah bertujuan untuk membuat penyingkiran bagi mana-mana calon yang tidak serius dalam memohon jawatan PTD ini.

Oleh itu, kepada mereka yang ingin menjawat jawatan PTD ini haruslah bersiap siaga dalam mendapatkan keputusan yang baik dalam ujian agar lulus untuk masuk ke peringkat seterusnya.

Tips Lulus Ujian PTD

 

 

Hendak dibandingkan antara ujian bertulis dan ujian secara atas talian, nampaknya risiko yang lebih besar dalam ujian secara atas talian kerana banyak faktor yang akan calon hadapi semasa menjawab ujian ini. Disebabkan itu, mereka perlulah mencari segala jenis tips lulus ujian PTD dan cara yang berkesan bagi melancarkan mereka semasa menjawab soalan PTD ini. Nampaknya, ini adalah rezeki buat anda kerana akan saya kongsikan beberapa tips mudah untuk menghadapi ujian PTD ini. Secara umumnya, saya pecahkan kepada 3 bahagian, iaitu:

  1. Persediaan sebelum menghadapi ujian PTD
  2. Persediaan semasa menjawab soalan PTD
  3. Perkara yang perlu dilakukan selepas menjawab soalan PTD

Kenapa perlu dipecahkan? Baiklah, teruskan membaca tips mudah untuk menghadapi ujian PTD ini.

7 Tips Lulus Ujian PTD Dengan Mudah

Seseorang calon yang bakal menjawab ujian PTD ini perlulah bersedia dari bermacam hal sama ada emosi, fizikal dan mental lebih-lebih lagi kedaan yang melanda dunia kita ini. Ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa mereka perlu membuat persediaan berdasarkan 3 frasa ini bagi memastikan segala perancangan yang dibuat adalah berjalan dengan lancar.

Tips Lulus Ujian PTD: Sebelum 

1. Tahu Tarikh, Hari Dan Masa Yang Tepat Untuk Ujian PTD

  • Ini adalah langkah dan perkara yang paling penting untuk dilakukan oleh calon yang bakal mengambil ujian ini. Hal ini kerana, boleh dikatakan majoriti calon tidak cakna dan ambil kisah berkaitan tarikh ujian, sehinggakan mereka tidak mengosongkan masa pada hari tersebut.
  • Ada yang sehinggakan di pagi hari baru teringat bahawa akan menjalani ujian PTD ini. Ini amatlah perlu dielakkan.
  • Jikalau boleh, letakkan peringatan di kalender mahupun telefon bimbit anda pada hari ujian PTD.

2. Dapatkan Informasi Berkaitan Soalan PTD

  • Anda dah tahu, anda akan menjawab soalan PTD. Jadi, apakah yang perlu anda lakukan? Sudah pasti mengenal pasti jenis, struktur atau bahagian-bahagian soalan yang terlibat bagi memudahkan anda untuk fokus kepada satu-satu bahagian.
  • Terdapat 3 bahagian bagi soalan PTD ini, iaitu Seksyen A(Pengetahuan Am), Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Seksyen C (Kefahaman Bahasa Inggeris).
  • Oleh itu, calon perlulah cuba mencari jenis-jenis contoh soalan secara atas talian, perbanyakkan membaca berkaitan isu-isu semasa di Malaysia dan bahkan tingkatkan kemahiran untuk memahami, membaca atau bercakap dalam bahasa Inggeris.
  • Jangan lupa dapatkan juga pelbagai tips lulus ujian PTD yang mudah untuk menghadapi ujian PTD ini daripada pelbagai sumber.
  • Akan tetapi, janganlah terlalu memfokuskan kepada soalan-soalan yang tertentu. Bukakan minda anda dan fahamilah segala info yang berkaitan.

3. Memastikan Internet, Komputer Dan Telefon Bimbit Berada Dalam Keadaan Yang Baik

Blogger, Cellphone, Office, Business

  • Hal ini perlu dan tidak boleh dipandang remeh kerana, apabila secara tiba-tiba talian internet terputus atau buat hal, calon tidak boleh hanya memberi alasan tidak dapat menyiapkan soalan ujian PTD kerana masalah internet.
  • Perkara ini bukan membaikkan keadaan, malah menampakkan personaliti anda yang tidak membuat persediaan.
  • Oleh itu, buatlah pemeriksaan yang teliti kepada komputer atau laptop anda agar perkara sebegini tidak berlaku.
  • Jikalau kawasan rumah anda tidak mempunyai capaian internet yang kuat, carilah tempat yang mempunyai kemudahan internet seperti perpustakaan awam dan seumpamanya. Jika tidak, mungkin anda boleh cuba lajukan internet menggunakan kaedah yang kami pernah kongsikan sebelum ini iaitu “Cara Lajukan Internet di Rumah Anda“.

Tips Lulus Ujian PTD: Semasa

Tips lulus ujian PTD ini sudah mendapat banyak respons positif daripada calon-calon yang sebelumnya.

4. Jauhkan Diri Daripada Gangguan Luaran

  • Kebiasaannya, apabila calon memilih lokasi yang salah, tempat yang bising, mereka sukar untuk berfikir dengan baik.
  • Oleh itu, sarananan saya adalah anda memilih kawasan yang sunyi.
  • Berada dalam bilik anda, kunci pintu dan letakkan notis “tidak boleh diganggu.” Lebih baik sekiranya anda menerangkan keadaan anda kepada keluarga.
  • Nyatakan bahawa anda memerlukan ruang hanya beberapa jam sahaja bagi melengkapkan ujian PTD itu.
  • Meskipun ini nampaknya remeh, tetapi tips lulus ujian PTD ini amat berkesan dalam memastikan fokus anda bertambah.

5. Jangan Terlalu Fokus Mencari Jawapan Atas Talian

  • Ini adalah antara salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh calon. Janganlah beranggapan apabila ujian secara atas talian, anda boleh dengan mudahnya memperoleh jawapan yang lebih tepat dan membantu anda dalam ujian.
  • Perkara ini bahkan mampu merugikan anda kerana masa yang diberikan untuk menjawab ujian amatlah terhad.
  • Rancanglah masa menjawab dengan sebaik mungkin.

Tips Lulus Ujian PTD: Selepas

6. Mencari Segala Info Berkaitan Pegawai Tadbir Diplomatik

  • Janganlah terlalu bersenang lenang. Berusahalah lagi mencari ilmu dan maklumat berkaitan PTD, jawatan yang ingin anda pohon dan skop tugasan.
  • Ini memudahkan urusan anda andai kata anda lepas ke peringkat seterusnya, anda akan ditemu duga.
  • Tidaklah terkial-kial anda ingin menjawabnya. Carikan juga tips yang perlu semasa temu duga nanti.
  • Percayalah, perkara yang membezakan anda dengan calon lain adalah berdasarkan persediaan anda dalam pelbagai hal. Jangan lepaskan peluang.

7. Berdoa Dan Bertawakal (Paling Penting)

  • Setelah anda berpenat lelah, berusaha bagi menjawab ujian ini dengan jayanya, kembalilah anda kepada Allah S.W.T.
  • Pohonlah hajat kepada-Nya kerana sesungguhnya semua yang berlaku datangnya daripada kehendak dan kemahuan Allah S.W.T.
  • Dengan melakukan perkara sebegini, anda akan memperoleh ketenangan dan keyakinan.

tips lulus ujian ptd

Sudahkah Anda Bersedia Menghadapi Ujian PTD 2021 Nanti?

Diharapkan perkongsian 7 Tips Lulus Ujian PTD untuk menghadapi ujian ini yang telah saya kongsikan mampu dimanfaatkan oleh calon-calon yang bakal menduduki ujian ini. Lakukanlah yang terbaik. Biar terlambat, asalkan anda mempunyai usaha. Jangan biarkan sebarang halangan yang kecil memutuskan impian anda.

Segala-galanya terletak pada kerajinan dan kesungguhan anda dalam meletakkan diri layak bagi menjawat mana-mana posisi PTD.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More