Sumber Rujukan Globalisasi Anda

18 Program Penajaan Di Bawah KPT

Terdapat 18 Program Penajaan Di Bawah KPT yang terkini ditawarkan untuk rakyat Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setiap tahun menawarkan pelbagai biasiswa pengajian / program penajaan di bawah KPT bagi pelajar cemerlang yang layak dan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, sehingga kini terdapat 18 program penajaan di bawah KPT yang ditawarkan di Malaysia.

Pemberiaan penajaan atau biasiswa ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Isi Kandungan

Senarai Program Penajaan Di Bawah KPT Yang Terkini

Secara ringkasnya, biasiswa ialah suatu bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti.

Biasiswa / penajaan kebiasaanya diberikan berdasarkan pelbagai kriteria yang mencerminkan nilai dan tujuan penderma atau pemberi dana. Antara tujuan program penajaan di bawah KPT ini adalah untuk

  • memastikan akses kepada pendidikan tinggi kepada golongan sasar yang layak serta mereka yang memerlukan.
  • bertindak sebagai satu pengiktirafan secara langsung kepada mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang yang dipilih.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 18 program penajaan di bawah KPT yang terkini.

Program-program biasiswa dan penajaan ini ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan mensasarkan kumpulan penerima daripada pelbagai kumpulan sasar melibatkan warganegara Malaysia dan pelajar antarabangsa.

18 Program Penajaan Di Bawah KPT 1
Petikan ucapan YB Dato’Seri Mohamed Khaled Nordin di Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan Penyampaian Surat Tawaran Penajaan Tahun 2023 pada 26 Oktober lalu.

Dalam Perkhidmatan

Berikut merupakan senarai program penajaan di bawah KPT bagi penjawat awam yang berada dalam perkhidmatan.

Program Penajaan Di Bawah KPTHuraianMaklumat Lanjut
Pasca Kedoktoran (Post Doctoral)
– Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Ph.D dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran.
– Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Akan Dikemaskini
Program Sub-Kepakaran– Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran.
– Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Akan Dikemaskini
Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)– Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.
– Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Maklumat Lanjut Disini
Program Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
– Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.
– Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Maklumat Lanjut Disini
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) PPPT– Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
– Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Maklumat Lanjut Disini
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Staf Bukan Akademik– Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di Universiti Awam Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
– Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di Universiti Awam.
Maklumat Lanjut Disini
Senarai Program Penajaan Di Bawah KPT Dalam Perkhidmatan

Pra Perkhidmatan

Berikut merupakan senarai program penajaan di bawah KPT di bawah kategori pra perkhidmatan.

Program Penajaan Di Bawah KPTHuraianMaklumat Lanjut
MyBrain 2.0– Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun 2024.
– Selain dikenali dengan nama MyBrain 2.0, program biasiswa ini akan menyaksikan beberapa pengukuhan daripada aspek cakupan dan pelaksanaannya termasuklah pengemasan kontrak bagi mengelakkan pelanggaran terma penajaan dan pengukuhan sistem yang lebih bersifat digital dan mesra pengguna.
Maklumat Lanjut Disini
Program MyBrainScience– Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league.
– Program ini dilaksanakan bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.
Maklumat Lanjut Disini
YBM Pengajian Tinggi – Program Biasiswa Atlet Cemerlang IPT– Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT / Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
– Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
Maklumat Lanjut Disini
YBM Pengajian Tinggi – Program Tokoh Siswa– Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Maklumat Lanjut Disini
YBM Pengajian Tinggi – Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik– Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.
– Program ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam atau Politeknik dalam bidang TVET.
Maklumat Lanjut Disini
Senarai Program Penajaan Di Bawah KPT Pra Perkhidmatan

Bantuan Kewangan

Berikut pula merupakan senarai program penajaan di bawah KPT di bawah kategori bantuan kewangan.

Program Penajaan Di Bawah KPTHuraianMaklumat Lanjut
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
– Bantuan kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil.
– Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
Maklumat Lanjut Disini
Bantuan Kewangan Asasi IPTA– Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi di Universiti Awam.
– Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
Maklumat Lanjut Disini
Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)– Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
– Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
Maklumat Lanjut Disini
Program Pendidikan Khas (PPK)– Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja.
– Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE / DD iaitu pendengaran sahaja).
– Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.
Maklumat Lanjut Disini
Senarai Program Penajaan Di Bawah KPT Bantuan Kewangan

Antarabangsa

Berikut pula merupakan senarai program penajaan di bawah KPT di bawah kategori antarabangsa.

Program Penajaan Di Bawah KPTHuraianMaklumat Lanjut
Malaysia International Scholarship (MIS)– Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum.
– Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.
Maklumat Lanjut Disini
Islamic Development Bank (IsDB) Scholarship– Penajaan kepada pelajar antarabangsa dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun.
– Program ini adalah kerjasama penajaan bersama Islamic Development Bank (IsDB) bagi menaja pelajar-pelajar dari negara-negara Islam dan negara-negara membangun.
– Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara luar serta meningkatkan imej negara dan memperlihatkan peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi di persada antarabangsa.
Maklumat Lanjut Disini
Scholarship Program In The Kingdom Of Saudi Arabia– Biasiswa ini diwujudkan hasil pertemuan Menteri Pengajian Tinggi dan Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia melalui pertemuan hormat di pejabat bekas pada 15 April 2022.
– Kerajaan Arab Saudi bersetuju menganugerahkan 300 biasiswa kepada rakyat Malaysia.
Maklumat Lanjut Disini
Senarai Program Penajaan Di Bawah KPT Antarabangsa

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat 18 Program Penajaan Di Bawah KPT yang dipecahkan kepada 4 kategori iaitu sebanyak 6 jenis di bawah perkhidmatan, 5 jenis di bawah pra perkhidmatan, 4 jenis bantuan kewangan dan 3 di bawah antarabangsa.

Diharapkan info terkini berkaitan Program Penajaan Di Bawah KPT ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More