Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 Tips Meningkatkan Motivasi Anda di Tempat Kerja

Lumrah setiap manusia adakalanya tidak bermotivasi di tempat kerja dengan pelbagai sebab, lebih-lebih lagi setelah berbulan berkerja dari rumah sepanjang dalam tempoh PKP yang lalu.

Ia akan menjadi lebih buruk bagi mereka yang mengalami kemurungan, tekanan, sakit dan sebagainya.

Berikut beberapa tips untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja.

 

1#  Lakukan Pekerjaan Mudah

Lakukan pekerjaan yang mudah terlebih dahulu untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja yang boleh mematahkan semangat anda untuk bekerja.

 

2#  Sokongan Moral

Dapatkan sokongan moral daripada pasangan anda, keluarga dan rakan-rakan rapat.  Sila dapatkan bantuan pakar kaunseling jika anda menghadapi masalah yang lebih serius di tempat kerja.

Kadang kala tidak bermotivasi di tempat kerja bukan kerana tidak sukakan pekerjaan itu, tetapi disebabkan orang di sekeliling yang boleh membantutkan semangat untuk bekerja.

 

3#  Kata Semangat Pada Diri Sendiri

Beri kata-kata semangat dan positif kepada diri sendiri sebelum memulakan pekerjaan.  Fikir positif dan menulis nota positif untuk diri sendiri dan cuba perbaiki diri.  Anda juga boleh berdoa supaya minta ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan di dalam setiap pekerjaan.

 

4# Kurangkan berinteraksi

Dapatkan tumpuan di dalam bekerja dengan mengehadkan interaksi.  Cuba hadkan interaksi berkenaan perkara yang di luar bidang tugas anda.  Mungkin ini dapat mengurangkan tekanan anda dan membantu anda berfikir dengan lebih baik.

 

5#  Hadiah

Sebelum memulakan kerja, beri insentif kepada diri sendiri seperti membuat rancangan makan tengah hari,  rancang sesuatu yang baik selepas kerja seperti aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan.

 

6#  Rancang Masa Depan

Jika anda tiada pilihan lain, anda perlu rancang masa depan anda dengan cuba mencari kerja di tempat lain.  Mungkin dengan persekitaran dan rakan sekerja yang baru boleh meningkatkan kembali motivasi diri anda.

 

7#  Amalan Hidup Sihat

Beri ruang pada diri untuk menenangkan fikiran dan berehat.  Amalkan rehat yang cukup, pemakanan  yang seimbang dan senaman yang bersesuaian.

 

8#  Bersyukur

Bersyukur dengan perkara positif terjadi pada diri akan menggalakkan pemikiran positif dan menarik tenaga yang baik.  Anda akan menjadi lebih tenang dan lebih fokus melakukan pekerjaan.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More