80 peratus kit ujian gagal berfungsi
Benarkah kit ujian gagal berfungsi? Jumlah kes jangkitan COVID-19 di sesetengah negara yang terus meningkat naik, menyebabkan kebanyakan hospital tidak lagi mampu menerima kes pesakit baharu.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan kelengkapan perubatan yang semakin berkurangan, ruang hospital dipenuhi pesakit yang masih belum pulih termasuk pesakit di bawah pengawasan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Justeru itu, sesetengah penduduk di beberapa negara terdesak untuk mendapatkan kit ujian bagi membolehkan mereka membuat pemeriksaan sendiri, sebelum bertindak mendapatkan rawatan di hospital. Dengan cara itu mereka berharap tidak perlu lagi menunggu keputusan ujian makmal yang mengambil masa lama kerana faktor giliran.
Sebaliknya yang berlaku pada ratusan ribu penduduk di Sepanyol dan Republik Czech, kit ujian yang dibeli mereka untuk membuat pemeriksaan sendiri, tidak berfungsi sekali gus mencetuskan rasa kecewa dan kebimbangan melampau.
Laporan Mengenai kit ujian gagal berfungsi
Berdasarkan laporan yang dikongsikan VOA news, dianggarkan sebanyak 80 peratus daripada 150,000 unit jumlah kit ujian yang ditempah dua negara itu tidak berfungsi.
Tambah menyedihkan bayaran untuk 100,000 unit kit ujian yang ditempah beranggaran $546,000 (RM2.37 juta), sudah pun dibayar kepada pihak pembekal, China.
Lazimnya, selepas menggunakan kit ujian COVID-19, keputusan positif atau negatif boleh dilihat dalam masa antara 10 hingga 15 minit.
Pakar perubatan Sepanyol yang memeriksa kit yang diterima berkata, kit tersebut hanya mempunyai 30 peratus kemungkinan untuk mengesan virus itu daripada 9,000 kit yang diterima. Untuk memastikan ujian pengesahan berkesan, kit tersebut sepatutnya mempunyai 70 ke 80 peratus kemungkinan untuk mengesan virus itu.
Kegagalan untuk mengesan virus menggunakan ‘test kit’ itu telah menyusahkan pihak perubatan di Sepanyol yang kini berada pada tempoh yang sangat kritikal. Mereka kini menerima lebih 64,000 kes jangkitan dengan 4,900 kematian, kedua tertinggi selepas Itali.
Melihatkan situasi yang berlaku, membuatkan penduduk Sepanyol berasa tertipu di saat sedang memerlukan.
Berikutan kegagalan kit ujian yang diedarkan, penduduk negara berkenaan terpaksa mengikuti prosedur makmal yang mengambil masa lama untuk mengesahkannya.
Selepas berita itu tular,Syarikat China yang mengedarkan ‘test kit’ tersebut, Shenzhen Bioeasy Technology memberitahu keputusan ujian yang tidak tepat diterima mungkin kerana kegagalan mengambil sample dan penggunaan kit yang salah. Walau bagaimanapun, mereka bersetuju untuk menggantikan kit yang rosak kepada yang baru selepas beberapa negara turut melaporkan perkara yang sama.
Kesimpulannya, rakyat sepanyol mengharapkan pada ‘ test kit’ tersebut tetapi mereka pula tertipu oleh syarikat China tersebut. Sudahlah virus juga disebarkan oleh China, bila mengharapkan ‘test kit’ yang di beli dari China juga tidak membantu malah menambahkan masalah. Sehingga 6 April 2020, Sepanyol sudah mencatat lebih 131,646 kes positif COVID-19 dan 12,641 kes kematian menjadikan Sepanyol muncul negara kedua selepas Amerika.