Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Batu gajah (MDBG) seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. Pegawai Tadbir Gred N41 – Kejuruteraan Awam
  • Nama Majikan : Majlis Daerah Batu gajah (MDBG)
  • Lokasi Kekosongan: Perak 
  • Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2021

Jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian
Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi
atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Ijazah Sarjana atau Diploma
Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain
berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta Ijazah Sarjana Atau Diploma
Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi
Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah
dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara membuat permohonan

Permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/perjawatan/

Semua salinan sijil, transkrip atau keputusan peperiksaan yang dimuat naik perlu
diakui sah terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan
Dan Profesional atau Penghulu/ Ketua Kampung.

Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/
Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Perintah Am Bab ‘A’ 21.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) 1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More