Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ABM Guru Pemulihan 2023

Definisi ABM Guru Pemulihan

Secara umumnya, bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya dalam menyampaikan pengajaran di kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bahan bantu mengajar mestilah bahan yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), ABM Guru pemulihan melalui penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar juga dapat memperbaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar sesebuah mata pelajaran tersebut.

Menurut Mok Soon Sang (1991) pula, bahan bantu mengajar merupakan bahagian yang terpenting dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Noraziah Abdul Hamid (1981) turut berpendapat bahawa “alat bantu“  itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan diantara seorang guru dan murid-muridnya dan sebaliknya iaitu murid sesama murid. Bahan bantu mengajar turut dapat membantu atau mempercepatkan proses pemahaman murid-murid.

ABM (Alat Bantu Mengajar) Guru Pemulihan ini dihasilkan oleh Teacher Nabila dan dikenali dengan Modul bertajuk Mari Membaca.

ABM  Guru Pemulihan disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program ini diharapkan dapat membantu guru Pemulihan Khas yang komited, sabar dan berdaya maju bagi meningkatkan pencapaian murid pemulihan dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru Pemulihan Khas perlu menggunakan strategi-strategi tertentu bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah dirancang mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka.

ABM guru pemulihan
ABM Guru Pemulihan 2023 2

Berikut merupakan 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Modul Mari Membaca;

Konstruk 1 – Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 – Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 – Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 – membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup’ng’.
Konstruk 7 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding
Konstruk 9 – membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan gabungan
Konstruk 10 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran
Konstruk 11 – Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 – membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan

Isi Kandungan

Dapatkan “ABM Guru Pemulihan” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : ABM Guru Pemulihan

Jenis-Jenis ABM Guru Pemulihan

Terdapat beberapa jenis bahan bantuan mengajar dalam pengajaran bacaan sama ada di sekolah menengah atau sekolah rendah. Bahan bantu mengajar boleh dikategorikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Bahan bantu mengajar bukan elektronikABM Guru Pemulihan

Bahan bantu mengajar bukan elektronik terdiri daripada papan tulis, buku teks serta papan pamer atau papan buletin. Bahan bantu mengajar jenis ini dapat memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar. Selain itu, fail tegak dan bahan bacaan juga merupakan bahan bantu mengajar bukan elektronik.  Bahan ini terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau bulletin, poster, sampul hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota. Tidak dilupakan, gambar juga merupakan bahan bantu mengajar bukan elektronik.

Seterusnya ialah kad imbasan dan kad cantuman. Kad imbasan ini terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna dibelakangnya. Hal ini bertujuan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar. Sementara itu, kad cantuman pula dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan rangkai kata yang dikehendaki. Pada masa yang sama, carta dqn grafik juga dikategorikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Di samping itu, papan pengajaran juga adalah bahan bantu mengajar. Bahan ini berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan seterusnya dapat merangsang serta memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Misalnya, papan flannel. Papan ini adalah sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flannel bagi meletakkan gambar-gambar dank ad-kad maklumat. Papan ini mudah alih dan mudah dibawa. Tambahan lagi, di belakang papan flannel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri. Model tiga dimensi juga sebahagian daripada bahan bantu mengajar. Patung ataupun model yang berbentuk orang, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman juga merupakan bahan bantu mengajar bukan elektronik.

 Bahan bantu mengajar berbentuk elektronikABM Guru Pemulihan

Overhead Projektor (OHP) merupakan bahan bantu mengajar elektronik yang pertama. Bahan ini menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin. Antara contoh bahan mengajar elektronik yang lain ialah transparensi OHP, pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan juga komputer. Semua bahan ini dapat membantu untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam kelas.

Kesimpulan

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu ABM Guru Pemulihan memberikan manfaat kepada anda semua.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my  untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun ABM Guru Pemulihan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More