Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Unit Trust?

Apa Itu Unit Trust? Unit trust adalah satu bentuk collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka supaya dapat dilaburkan dalam sesuatu portfolio pelaburan.

Konsep mudah:
kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

Isi Kandungan

Apa beza Unit Trust dengan ASB?

Nama lain bagi Unit Trust(UT) adalah unit amanah dan juga amanah saham. Konsep unit trust adalah sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana). Cuma bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen dan bonus sedangkan keuntungan UT adalah melalui dividen dan kenaikan harga unit dana.

apa itu unit trust

Pelaburan UT  diuruskan oleh unit trust management company dan dapat dilaburkan dalam aset-aset seperti:

  1. Ekuiti
  2. Bond / sukuk
  3. Tunai
  4. Hartanah
  5. Komoditi

Antara syarikat pengurus dana profesional di Malaysia ialah:

Kita sebenarnya tak melabur dalam syarikat. Sebaliknya kita melabur dalam dana-dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut.

Kelebihan Unit Trust

UT  popular disebabkan kos mampu milik. Jadi majoriti dari rakyat Malaysia mampu melabur dalam UT . Seterusnya dengan modal yang kecil, pelabur dapat membuat diversification dan tak perlu risau tentang masalah nak jual semula unit pelaburan sebab unit trust sangat liquid. Walaupun modal tak besar, pelabur juga dalam melabur dalam pelbagai jenis pelaburan. Dan yang paling utama pelabur dapat memanfaatkan khidmat profesional dalam unit trust management company.

Sebagai pelabur adalah penting untuk mengetahui apakah jenis unit trust yang dibeli:

1. UT  Kategori Ekuiti

Merujuk kepada UT  yang majoriti duit pelabur dilaburkan dalam pasaran saham. Ada pelbagai variasi UT  ini antaranya pelaburan dibuat dalam:

  • Saham-saham mewah (blue chip) sahaja
  • Saham syarikat bersaiz kecil dan sederhana (medium to small cap) sahaja
  • Saham index constituents
  • Pasaran saham – di luar negara

Lazimnya pelaburan dalam UT  jenis ekuiti berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang paling tinggi dibandingkan dengan kategori UT  yang lain. Pelabur UT  ekuiti mestilah bersedia mengambil lebih risiko, mempunyai risk profile yang agresif dan sanggup menghadapi volatility pasaran.

2. Unit Trust Jenis Fixed Income

UT  yang membeli bon atau bon patuh Shariah (sukuk). Bon / sukuk merupakan instrumen IOU yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat. Bon / sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat disebut sebagai corporate bond / sukuk. Pemegang bon beri duit kepada syarikat / kerajaan yang mengeluarkan bon tersebut dalam bentuk ‘hutang’. Maka ‘hutang’ itu pun dibayar balik ikut jadual yang tetap.

Tujuan penerbitan bon adalah sama dengan penerbitan saham iaitu bertujuan untuk mendapatkan modal. Perbezaannya pemegang saham tidak mendapat apa-apa jaminan pendapatan. Manakala pemegang bon pula mendapat pendapatan tetap. Pelabur UT  fixed income kebiasaannya adalah individu risk profile dari sederhana ke rendah.

3. Unit Trust Jenis ‘Balanced’

UT  ini adalah gabungan antara ekuiti + fixed income. Maksudnya, sebahagian modal berpeluang mendapat pulangan dari ekuiti dan sebahagian modal pula mendapat pulangan dari bon / sukuk. Pelabur unit trust balanced kebiasaannya adalah individu yang mempunyai risk profile yang sederhana.

4. Unit Trust Jenis Money Market

Money market adalah instrumen kewangan jangka masa pendek. Unit trust money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:

  • Commodity murabahah (tawarruq)
  • Mudarabah Investment Account
  • Wakalah Investment
  • Al-Mudarabah Interbank Investment
  • Government Investment Issue
  • Cagamas Mudarabah Bonds
  • Islamic Accepted Bills

Antara kelebihan money market fund ialah:

  • Risiko yang sangat rendah
  • Berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank
  • Pembayaran keuntungan secara bulanan
  • Tax exempted (untuk syarikat)

“Saya mencadangkan anda melabur dengan sejumlah wang ke dalam akaun unit trust sebagai platform mencari yang halal lagi bersih.”

Anggap sebagai altenatif kenapa pelaburan ASB dan KWSP.

ASB = Anda terpaksa membuat pinjaman wang, dalam jangka masa tertentu anda bayar balik bersama interest, anda paksa diri untuk melabur.

Return 7%

Interest pinjaman bank 4%

KWSP = Simpanan pesaraan yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada semua rakyat malaysia kecuali schame pesaraan kerajaan.

Return 6%

So. Anda boleh memiliki. Jom pilih unit trust. Jangan tergesa-gesa keluarkan, melaburlah untuk jangka sederhana dan panjang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More