Sumber Rujukan Globalisasi Anda

AWAS!!TAKTIK PENIPUAN ONLINE BANKING

AWAS! SATU LAGI TAKTIK PENIPUAN ONLINE BANKING

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan lagi, penipuan online banking memang sudah kerap berlaku. Namun, disaat perlaksanaan PKP ini makin ligat si scammer mencari mangsa.

AWAS!!TAKTIK PENIPUAN ONLINE BANKING 1
PENIPUAN ONLINE BANKING

Berdasarkan kisah tersebut, sebenarnya penulis sendiri juga ada pengalaman kena call oleh scammer ni. Jika didengari betul-betul suara scammer ini, memang bukan orang kita(Malaysia) tapi orang dari seberang sana. Macam penulis sendiri yang memang banyak soalan balik pada pemanggil, si pemanggil(Scammer) akan gugup dan terkeluar slang Indon dorang.

Ala, penulis hanya suka-suka soal jer pun. Tapi kantoi juga si scammer dan dia matikan talian terus. Tapi tidak semua orang sama. Mungkin orang tu jenis jujur lalu dia ikut saja apa yang diminta oleh si scammer tu.

Berikut penulis kongsikan kejadian bedasarkan pengalaman sebenar yang diambil melalui facebook WM Syamzari.

PENIPUAN ONLINE BANKING
PENIPUAN ONLINE BANKING

Seperti yang diceritakan oleh rakan abam Mizie Ahmad, kisah wife dia Emilda yang hampir menjadi mangsa scammer online banking yang terbaru.

KRONOLOGI.

1. Pada petang 17 April 2020, sekitar pukul 2.00 petang, wife dapat call dari individu tidak dikenali bertanya ada buat pembelian melalui Lazada atau tidak. Amount transaksi RM8,150. Wife just cakap tak ada dan terus letak phone.

2. Kemudian wife dapat whatsapp dari nombor yang sama. Bertanyakan perkara yang sama mengenai pembelian barang melalui Lazada. Kali ni disertakan sekali satu screenshot transaksi Maybank2u yang tertulis account number bank wife dalam tu. Turut kelihatan jumlah amount yang disebut semasa call awal-awal tadi (rujuk gambar).

3. Scammer offer untuk bantu refund balik duit tersebut sekiranya tiada pembelian dilakukan.

4. Scammer send lagi whatsapp menggunakan nombor telefon yang lain selepas wife saya block nombor yang awal tadi. Sekali lagi scammer suruh wife saya buat pengesahan ada buat order atau tak.

5. Scammer siap bagitau, kalau tak percaya, boleh log in maybank2u dan semak sama ada duit deduct atau tidak. Sekali lagi wife saya block nombor tu.

6. Wife saya rasa tak sedap hati dan terus log in maybank2u. Dia memang nampak kat saving account dia ada deduction amount yang disebut oleh scammer itu.

7. Lepas tu wife saya baru perasan ada satu SMS dari 66628 dengan description:

“You have successfully created Goal Savings Plan for LAZADA Iphone X Max on 17 April 2020 14:02:01” (rujuk gambar).

8. Wife saya call maybank untuk block account. Dan pergi balai polis untuk buat report.

9. Wife saya takde terima apa-apa whatsapp lagi dah lepas tu. TAC request pun takde dapat dari 66628.

10. Pada 20 April, wife ke Maybank untuk unblock account. Semua user ID dan password serta kat ATM ditukar baru.

11. Kami bernasib baik, duit simpanan TIDAK HILANG, cuma dipindahkan ke akaun GSP.

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?
(seperti yang diceritakan oleh pihak customer service bank)

1. Scammer telah berjaya masuk/hack ke account Maybank2u mangsa. Untuk kes wife saya, dia akui yang username & passwordnya sangat mudah (itu kesilapan kami).

2. Scammer wujudkan Goal Saving Plan (GSP) dengan description “LAZADA Iphone X Max” tanpa pengetahuan mangsa. Description itu dibuat seakan-akan macam ada pembelian melalui Maybank2u dilakukan.

3. GSP ini boleh di buat dari account asal Maybank2u tanpa perlu permohonan TAC. Mangsa hanya akan tahu account GSP itu diwujudkan melalui SMS sahaja.

Anyway, orang dah jarang nak check SMS sekarang ni kan? Unless kita mmg tunggu TAC bank.

4. Scammer pindahkan wang dari saving/current account mangsa ke GSP account melalui Transfer to Own Account. Proses transfer ini tidak memerlukan TAC kerana between own account oleh owner yang sama. Sekali lagi scammer buat tanpa pengetahuan mangsa.

5. Sebenarnya duit tak hilang dari account saving. Tapi scammer dah transfer masuk ke account GSP. Ia seolah-olah ghaib atau float. Tujuannya? Nak wujudkan keadaan seolah-olah mangsa telah di scam oleh scammer lain.

5. Scammer sebenar akan menghubungi mangsa dan kononnya nak double check dulu samada barang telah di order melalui Lazada dan hendak dihantar.

Bila mangsa check account savings dan betul ada transaction tersebut, rasa-rasa apa perasaan mangsa? Scammer dah createkan PANIC situation.

6. Kali ni scammer berlakon seolah-olah nak jadi HERO. Kononnya mangsa dah kena scam.

7. Scammer akan manipulasi keadaan itu. Scammer seolah-olah akan bantu mangsa untuk refund balik duit yang kononnya telah dikeluarkan itu.

8. Setelah mangsa dah berjaya diyakinkan bahawa dia dah kena scam sebelum ni dan cuba nak dapatkan balik refund, scammer akan buat satu ‘transfer’ transaction baru dalam Maybank2u.

Scammer akan tulis description seolah-olah refund akan dibuat kepada mangsa.

9. Scammer akan minta mangsa hantarkan TAC number yang akan diterima nanti, kononnya untuk proses refund.

10. Mangsa akan menerima TAC dengan description seperti yang diberitahu oleh scammer. Bila dah panic, pasti mangsa akan ikut saja arahan yang diberikan. Sekiranya mangsa mengikut apa yang diminta, GAME OVER.

11.Peluang untuk dapat balik duit tu sangat nipis. Kenapa saya katakan SANGAT NIPIS disini?

Ini kerana duit itu biasanya tidak dimasukkan ke dalam account bank scammer, tapi dimasukkan ke dalam Top Up online shopping account (saya tak tahu term apa yang betul. kiranya kalau scammer nak beli barang, payment akan deduct dari top up tu sahaja).

Perkara ini dibuat bagi menyusahkan siasatan dilakukan nanti.

NOTA TAMBAHAN:

1. Kebanyakan kes, suara scammer yang call tu ada slang INDON walaupun cuba nak cakap bahasa Malaysia.

2. Saya masih yakin security oleh pihak Maybank (bukan nak promote, saya bukan staff bank). Sebab tu, selagi kita tak share TAC yang diminta, dan guna password yang unik, kita akan selamat.

Ada yang bertanya, macam mana scammer dan hackers dapat User ID dan no phone yang didaftarkan dengan akaun kita?

Nama pun hackers, itulah kerja mereka.

PENGAJARANNYA:

1. Jangan kita cepat panik bila mendapat panggilan yang mencurigakan. Tamatkan panggilan atau block sahaja nombor itu. Nasihatkan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan supaya JANGAN PANIK!

2. Jangan sesekali beri TAC kepada mana-mana pihak jika diminta. Tak kisahlah untuk tujuan apa sekalipun atau mereka dakwa wakil bank sekalipun. TAC nombor kita hanya untuk kegunaan kita sahaja. JAGA NOMBOR TAC KITA!

3. Sentiasa tukar password online banking anda dari masa ke semasa. Elakkan guna password yang mudah diteka contohnya nombor KP, tarikh lahir, nombor rumah atau nombor kereta. Cari password yang susah sikit. Pastikan password kita ada kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor. JAGA PASSWORD KITA!

JANGAN PANIK – JANGAN SHARE TAC – JAGA PASSWORD KITA.

Diizinkan SHARE untuk elak lebih ramai jadi mangsa.

ABAMVESPA
-anti scammer-

—————————————————————————–

Abam Vespa banyak berkongsi tips menarik tentang perancangan kewangan, hartanah dan kerjaya secara PERCUMA dalam Channel telegram.

Ikut 3 langkah MUDAH ini.

1. Download app telegram di fon
2. Klik 👉https://t.me/joinchat/AAAAAEkaXzzvx8irinZGhw
3. Klik join

#abamvespa

AWAS!!TAKTIK PENIPUAN ONLINE BANKING 2
PENIPUAN ONLINE BANKING

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More