Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023

Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023 ini disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah membuka permohonan Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan kepada mereka yang layak.

Bantuan kewangan ini disediakan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah.

Isi Kandungan

Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023

Bantuan ini adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.

Semua permohonan Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023 ini perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun.

Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023

Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023 ini akan memfokuskan kepada:

  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Veteran ATM* bermaksud:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia

atau

  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak

atau

  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

** Tanpa mengira tempoh khidmat.

Cara Memohon Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023

Permohonan Bantuan Persekolahan JHEV ATM 2023 ini boleh dibuat dengan memuat turun dan lengkapkan borang berikut:

  1. >>>Muat Turun Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019<<<
  2. Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya
  3. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan
  4. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap
  5. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan
  6. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP)
  7. Semakan status permohonan boleh dibuat di Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV pada bahagian semak status permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Veteran ATM.
  2. Salinan Kad Pengenalan Veteran ATM (kecuali meninggal dunia).
  3. Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri veteran (jika berkaitan).
  4. Salinan buku perkhidmatan Veteran ATM untuk setiap muka surat bagi Veteran ATM tidak berpencen sahaja.
  5. Salinan MyKad / MyKid / Sijil Lahir anak-anak dan isi rumah yang tinggal bersama.
  6. Salinan kad OKU (jika berkaitan).
  7. Salinan bil elektrik / bil air.
  8. Salinan buku bank / cetakan maklumat akaun bank pemohon yang aktif.
  9. Salinan Mykad Penjaga (jika berkaitan).
  10. Salinan pendaftaran / maklumat dalam sistem e-kasih (jika ada).
  11. Sijil nikah / sijil perkahwinan / sijil perceraian (jika berkaitan).
  12. Sijil pengangkatan (jika berkaitan).
  13. Sijil kematian (jika berkaitan).
  14. Surat perakuan muflis (jika berkaitan).
  15. Cop sekolah di Bahagian G.
  16. Surat Tawaran kemasukan Kolej Vokasional / Sekolah Berasrama Penuh.
  17. Dokumen lain yang berkaitan (nyatakan).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan ini, sila layari Pautan Pantas JHEV ATM atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau terus ke JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More