Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Sara Hidup Veteran ATM RM300 Sebulan

Bantuan Sara Hidup Veteran ATM adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran ATM ini merupakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup veteran ATM dan tanggungan mereka yang daif, uzur, hilang upaya dan mengidap penyakit kronik.

Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah inisiatif di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bagi membantu veteran ATM yang memerlukan.

Isi Kandungan

Bantuan Sara Hidup Veteran ATM

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima Bantuan Sara Hidup Veteran ATM itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran Bantuan Sara Hidup Veteran ATM sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.

Bantuan Sara Hidup Veteran ATM

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup Veteran ATM

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • Veteran ATM
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak.
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa.

*Tanpa mengira tempoh khidmat

  • Had umur yang layak dipertimbangkan Bantuan Sara Hidup Veteran ATM adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian Bantuan Sara Hidup Veteran ATM.

Kadar Bantuan Sara Hidup Veteran ATM

  • Kadar Bantuan Sara Hidup Veteran ATM yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

Cara Memohon Bantuan Sara Hidup Veteran ATM

Permohonan boleh dikemukakan dengan melengkapkan Borang Skim Bantuan Kebajikan Jabatan Hal Ehwal ATM Veteran Bahagian Kebajikan dan kemudian hendaklah dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Semakan status permohonan boleh dibuat di Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Veteran ATM ini, anda boleh menghubungi Kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000 dan semoga perkongsian tentang bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan Veteran ATM yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More