Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Subsidi Yuran Taska Bernilai RM180 Sebulan

Bantuan Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 sebulan untuk seorang anak bagi yang layak telah diumumkan oleh Kerajaan.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Dengan itu, Tema Membangun Malaysia Madani , Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Isi Kandungan

Bantuan Subsidi Yuran Taska

Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska. Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan. Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Bantuan Subsidi Yuran Taska

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Subsidi Yuran Taska adalah seperti yang berikut:

  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah.
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.
  • Hanya Taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Cara Memohon

Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai Taska di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan penyata gaji
  2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
  3. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
  4. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
  5. Salinan penyata gaji suami/isteri
  6. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai

Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Taska.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dapatkan info terkini.

Semoga perkongsian tentang Bantuan Subsidi Yuran Taska kepada mereka yang layak ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More