Hentikan Buli! Apa Itu Buli? Ini 4 Jenis Buli & Akta Buli yang Kita Perlu Tahu!

Pada ketika ini, isu mengenai buli sedang menjadi perbualan hangat kerana ia sedang berleluasa dan banyak berlaku sehingga kes semakin meningkat.
Kenaikan ini dapat dilihat melalui data yang menunjukkan peningkatan jumlah kes di sekolah atau institusi dari tahun ke tahun.
Oleh itu, ayuh kita fahami sedikit info penting yang kita perlu tahu mengenai perkara ini.
Isi Kandungan
Maksud Buli
Buli ialah tingkah laku agresif yang tidak diingini dalam kalangan kanak-kanak berumur sekolah yang melibatkan ketidakseimbangan kuasa yang nyata atau yang dirasakan.
Tingkah laku itu berulang, atau berpotensi untuk diulang, dari masa ke masa.
Kedua-duanya, iaitu yang menjadi mangsa dan pelaku mungkin mempunyai masalah yang serius dan berpanjangan.
Buli mesti mengandungi 3 elemen, iaitu ia mestilah
- berulang;
- disengajakan; dan
- melibatkan ketidakseimbangan kuasa.

Jenis Buli
Tingkah laku buli boleh terdiri daripada yang jelas dan sangat ketara (menumbuk atau memukul) kepada halus dan hampir tidak dapat dilihat oleh semua orang kecuali mangsa dan pesertanya.
Empat (4) jenis yang paling biasa ialah buli fizikal, lisan, perhubungan dan siber.
| Secara Fizikal | Jenis ini lebih mudah dikenal pasti dan secara semula jadi mendapat perhatian umum kerana melibatkan aksi agresif di mana yang kuat atau lebih besar cenderung menjadikan individu yang lemah dan bersaiz kecil sebagai mangsa dan ia melibatkan serangan fizikal seperti menendang, menampar dan memukul. |
| Secara Lisan (Percakapan) | Jenis ini adalah sebarang bentuk tindakan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah, mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis yang paling biasa berlaku dan tidak kira tempat seperti di sekolah, kawasan awam, di rumah, di tempat kerja dan lain-lain lagi. |
| Secara Perhubungan | Pencerobohan hubungan adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seseorang yang mencipta gosip, menimbulkan atau menceritakan khabar angin tentang orang lain. Pencerobohan hubungan biasanya mengenai cemburu sederhana. Membangunkan strategi untuk menangani komen-komen tersebut adalah langkah pertama untuk mengabaikan mereka dan ia juga dikaitkan dengan satu bentuk penghinaan untuk menjatuhkan harga diri seseorang. |
| Secara Siber | Perbuatan ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi teknologi seperti teks, ‘chatting’, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet. |
Faktor Penyumbang
Berikut adalah beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes buli, antaranya adalah:
| Kurangnya Didikan Agama & Nilai-Nilai Moral | Ini menyebabkan kurang empati dan kurang prihatin terhadap perasaan orang lain. |
| Pengaruh Rakan Sebaya | Rakan sebaya yang terlibat dalam perbuatan ini boleh mempengaruhi orang lain untuk turut serta. |
| Kurangnya Perhatian Ibu Bapa | Ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang anak-anak mereka boleh menyebabkan anak-anak mencari perhatian melalui tindakan negatif seperti perbuatan ini. |
| Kelemahan Sistem Disiplin Di Institusi | Peraturan yang longgar dan kurang penguatkuasaan boleh menggalakkan perbuatan ini terus berleluasa. |
| Pengaruh Media Sosial | Media sosial boleh menjadi platform untuk menyebarkan bahan-bahan yang mempromosikan keganasan dan perbuatan ini. |
| Kitaran | Mangsa mungkin menjadi pembuli pada masa akan datang untuk membalas dendam. |
Akta Buli
Akta buli yang terkini adalah pindaan kepada Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang berkuat kuasa pada 11 Julai 2025 yang boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk hukuman penjara hingga 3 tahun.
Maksud buli menurut akta ini adalah:
- Komunikasi yang mengancam, menghina atau mencela.
- Menyebabkan gangguan emosi atau ketakutan kepada mangsa.
- Menyebarkan maklumat peribadi tanpa izin (doxing).
- Menggunakan media sosial untuk memalukan atau mengugut seseorang.
Pindaan ini bertujuan untuk menangani isu ini dengan lebih efektif dan menyeluruh, termasuk buli siber.
Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk:
- Melindungi kanak-kanak, remaja dan individu terjejas emosi.
- Menangani buli digital yang semakin berleluasa.
- Memastikan keadilan dan keselamatan dalam dunia siber.
Akta-akta ini juga bertujuan untuk menjadikan gangguan di tempat kerja, dan ia boleh dijadikan sebagai kesalahan jenayah.
Pindaan ini akan memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan adil, serta memberikan hukuman yang lebih berat kepada pelaku.
Pindaan ini juga merangkumi isu buli siber, yang semakin menjadi kebimbangan dalam era digital ini.
Kerajaan mengambil inisiatif untuk meminda akta-akta ini bagi memperkukuh sistem perundangan negara dalam menangani isu buli di Malaysia.
Terdapat juga peruntukan dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang berkaitan dengan buli lisan. Seksyen 14 akta ini memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata atau mempamerkan tulisan yang kurang sopan, mengugut atau menghina.

Ingat! Undang-undang ini tidak menyekat kebebasan bersuara, tetapi menyekat keganasan emosi yang disembunyikan di sebalik kata-kata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia diluar sana!




