Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Memohon i-Sinar KWSP Akaun 1 Secara Online

Cara Memohon i-Sinar KWSP Akaun 1 Mulai 21 Disember 2020 Online. Ini adalah panduan buat pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP. Seperti kita sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan kepada pencarum membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini telah dibuka secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar.

Pencarum yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Sesi pengeluaran pertama akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

i-sinar

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Mulai 21 Disember 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah pengeluaran, cara permohonan dan semakan status:

Apa Itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Tarikh Mohon i-Sinar KWSP

Bagi anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Manakala, bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

A. Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

 • Anda sudah lama tidak mencarum

 • Anda seorang suri rumah

 • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig

 • Anda hilang pekerjaan

 • Anda diberi cuti tanpa gaji

 • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

 • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

 • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

B. Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

 • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN

 • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU

 • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Contoh Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP

Baki Simpanan Akaun 1 : RM100,000 dan ke bawah

 • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).

 • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.

 • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).

 • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki Simpanan Akaun 1 : Lebih dari RM100,000

 • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).

 • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.

 • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.

 • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Cara Mohon i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/

Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Sinar KWSP

1. Bagigi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More