Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Solat Dhuha, Cara Dan 3 Kelebihan

Doa solat dhuha merupakan salah satu doa yang sering diungkapkan oleh kebanyakan orang termasuk kanak-kanak. Sebelum mengetahui lanjut berkenaan doa solat dhuha, ayuh kita semak dulu maklumat penting mengenai solat dhuha.

Solat dhuha termasuk dari solat nafilah (sunat) yang dituntut. Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari. Manakala waktu dhuha ialah di antara setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh juga dilakukan secara jemaah.

Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :

Maksudnya : Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur. (Riwayat Muslim (721).

Isi Kandungan

Berapa rakaat Solat Dhuha

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa solat dhuha ini dituntut oleh Rasulullah S.A.W. Dua rakaat solat dhuha yang disebutkan di dalam hadis ini menjelaskan berkenaan bilangan rakaat paling ringkas bagi solat dhuha. Meskipun begitu, ia tidaklah terhad kepada dua rakaat sahaja, bahkan para fuqaha al-Syafi’eyyah menjelaskan bahawa bilangan rakaat paling afdhal bagi solat dhuha adalah sebanyak 8 rakaat manakala bilangan rakaat paling maksima adalah sebanyak 12 rakaat seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi.

doa solat dhuha
Doa Solat Dhuha, Cara Dan 3 Kelebihan 4

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, merujuk kepada apabila kita menyatakan bahawa bilangan rakaat paling afdhal bagi solat dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, maka ini diambil berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat. (Riwayat Abu Daud).

Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan solat dhuha sebanyak lapan rakaat. Rujuk Syarah Al-Nawawi ‘ala Muslim (5/233).

Cara Solat Dhuha

Cara mengerjakan solat dhuha adalah seperti berikut;

  • Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

  • Membaca Surah Al-Fatihah. Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.
  • Membaca Surah. Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

  1. Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  2. As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  3. Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
  4. Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.
  • Bacaan Semasa Sujud Akhir. Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:
doa solat dhuha
Doa Solat Dhuha, Cara Dan 3 Kelebihan 5

Doa Solat Dhuha

Menurut Datuk Dr Zulkifli al-Bakri menerusi hantaran di laman sosial beliau, tidak ada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk solat sunat dhuha. Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat dhuha. Antara doa solat dhuha ialah:

“Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”

doa solat dhuha
Doa Solat Dhuha, Cara Dan 3 Kelebihan 6

Selain itu, doa solat dhuha yang lain ialah:

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha-Mu, kecerahan itu ialah kecerahan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Duha-Mu, kecerahan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Kelebihan solat dhuha

Antara kelebihan solat dhuha adalah seperti berikut:

  1. Dua rakaat solat dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.
  2. solat dhuha sebanyak 12 rakaat akan mendapat sebuah istana emas di dalam syurga.
  3. Pintu rezeki dibuka seluas-luasnya.

Demikian besar pahala solat dhuha dan rajin-rajin doa solat dhuha serta ajarkan kepada anak-anak. Semoga setiap kalimah maksud dari doa solat dhuha itu terutama dalam bab rezeki memberi kebaikan buat kita semua. Untuk lebih efektif, alunkan doa ini pada waktu mustajab doa seperti yang dinyatakan dalam ‘6 waktu mustajab doa’.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More