Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DSKP KSSR Semakan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5

DSKP KSSR Semakan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

DSKP Reka Bentuk dan Teknologi digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) (Semakan 2017) dibina selaras dengan perubahan dalam pendidikan negara dan perkembangan teknologi masa kini serta aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). KSSR RBT (Semakan 2017) merupakan mata pelajaran wajib untuk tahap II sekolah rendah yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2020 di tahun 4.

KSSR RBT (Semakan 2017) memberikan penekanan kepada proses penghasilan sesuatu produk dengan menggabung jalin kemahiran mereka bentuk dan teknologi serta pengaturcaraaan. Melalui kurikulum ini murid dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai selaras dengan cabaran abad ke-21 dan Revolusi Industri ke-4 serta sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT

KSSR RBT (Semakan 2017) bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam mereka bentuk dan berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas keusahawanan serta mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid yang kompetitif, kritis, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF

1. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.
2. Mempunyai kesedaran terhadap perkembangan reka bentuk pembangunan produk sesuai dengan keperluan perubahan dalam kehidupan.
3. Mengaplikasi kemahiran menggunakan peralatan dan bahan yang sesuai dalam menghasilkan sesuatu produk.
4. Menghasilkan reka bentuk serta produk berkonsepkan teknologi hijau, mesra pengguna, kos yang efisien melalui proses reka bentuk yang menggunakan teknologi.
5. Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam reka bentuk.
6. Mengaplikasi asas keusahawanan.
7. Mengamalkan sikap dan nilai murni serta berintergriti.

MUAT TURUN DSKP

KLIK DI SINI

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More