Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DSKP KSSR Semakan Sains Tahun 5

DSKP KSSR Semakan Sains Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat
penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

DSKP Semakan Sains digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains direka bentuk untuk mengembangkan literasi sains dengan memberi pengetahuan asas sains kepada murid agar menjadi celik sains iaitu memahami konsep sains asas yang berlaku di sekeliling dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah.

KSSR Sains berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains digubal dengan mengintegrasikan Kemahiran Abad Ke-21 untuk membolehkan murid berupaya bersaing di peringkat global

MATLAMAT

KSSR Sains digubal untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

OBJEKTIF KURIKULUM SAINS TAHUN 5

Semakan Sains
Semakan Sains Semakan Sains

KSSR Sains bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Menggunakan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin tahu bagi mendapatkan pengetahuan baharu dengan meneroka tentang dunia di sekeliling mereka.
  2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menerangkan fenomena secara saintifik.
  3. Memperoleh pengetahuan tentang fakta dan konsep sains yang lebih abstrak dan kompleks.
  4. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta mereka cipta.
  5. Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan.
  6. Menunjukkan sikap responsif dalam menjaga alam sekitar bagi menghadapi cabaran di peringkat tempatan, negara dan global.

FOKUS

KSSR Sains berfokus kepada pembelajaran berfikrah yang melibatkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir bagi pemerolehan pengetahuan yang diterapkan melalui pendekatan utama dalam pendidikan sains iaitu inkuiri. KSSR Sains juga berhasrat untuk menyediakan murid yang akan menghadapi era pembangunan teknologi yang pesat dan pelbagai cabaran abad ke-21. Golongan murid yang melalui kurikulum ini bakal menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.

KSSR Sains dibangunkan berasaskan tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ketiga-tiga domain ini dialami oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi menghasilkan individu yang fikrah sains (Rajah 2). Pendekatan inkuiri merangkumi pembelajaran berpusatkan murid, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri serta strategi dan kaedah yang berkaitan.

MUAT TURUN DSKP KSSR SEMAKAN BAHASA MELAYU TAHUN  5

KLIK DI SINI

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Sains Tahun 5  memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More