Sumber Rujukan Globalisasi Anda

E-Pengambilan PDRM Oktober 2023

E-Pengambilan PDRM Oktober 2023 dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat E-Pengambilan PDRM Oktober 2023

Maklumat E-Pengambilan PDRM Oktober 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam
  • Tarikh Permohonan: 16 Oktober 2023 (Isnin) – 31 Oktober 2023 (Selasa)
  • Jabatan / Kementerian: Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji Permulaan: RM1441.00
  • Elaun Yang Disediakan:
  1. Elaun Khidmat
  2. Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah
  3. Bayaran Insentif Khas PDRM
  4. Elaun Perumahan
  5. Lain-lain Elaun Mengikut Jabatan

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan E-Pengambilan PDRM Oktober 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 28 tahun pada tarikh tutup iklan permohonan secara atas talian.
  3. Untuk permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 adalah minima SPM yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  4. Syarat-syarat kelayakan akademik yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

(a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Dua (2) kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,441.00).

(b) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’). Memiliki purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67), dan kompeten dalam modul vokasional, terutamanya dalam bidang kursus yang telah dinyatakan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,441.00).

(c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Memiliki Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,507.01).

(d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Memiliki Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM 1,573.02).

Cara Memohon

Permohonan boleh dikemukakan melalui portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia sebelum tarikh tutup permohonan.

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;
  2. Klik butang ‘Log Masuk’;
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru’;
  4. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan
  5. Klik butang ‘Serah’.
  6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03 – 2266 8348 / 8347 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan E-Pengambilan PDRM Oktober 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

E-Pengambilan PDRM Oktober 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di PKPS Oktober 2023, Jawatan Kosong Di JBG Oktober 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan E-Pengambilan PDRM Oktober 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More