Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Berpuasa Setahun? Ganjaran Umpama Berpuasa Setahun Jika Puasa 6 Syawal

Isi Kandungan

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Berpuasa Setahun? Puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri setelah sebulan berpuasa.

Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. – [HR Muslim 1164].

Kefahaman dari hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diberikan pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Berpuasa Setahun
Berpuasa Setahun Berpuasa Setahun Berpuasa Setahun Berpuasa Setahun Berpuasa Setahun Berpuasa Setahun

Q & A Puasa Sunat Enam Syawal Seumpama Berpuasa Setahun

1. Apakah hukum puasa enam hari di bulan syawal?

Puasa enam merupakan amalan sunat.

2. Bilakah Puasa enam hari di bulan syawal perlu dilakukan?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.

Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: Nabi melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha. [HR Bukhari 1991]

3. Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

4. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut atau secara berasingan?

Tidak menjadi kesalahan jika ia dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa menentukan hari-harinya.

Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

5. Adakah puasa sunat enam hari di bulan Syawal dibuat sebelum mengqada puasa Ramadan?

Terdapat perbincangan di kalangan para fuqaha’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu masih belum mengadakan puasa Ramadan yang belum diqadanya atau ia tidak menjadi masalah untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal terlebih dahulu?

Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat :-

Pendapat Pertama 

Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Saidatina Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqadanya hingga ke bulan Syaaban yang akan datang.

Aisyah ra berkata:

Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban. – [HR Muslim 1146].

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal.

Tindakan beliau yang mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat Kedua

Tidak boleh, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri.

Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah meletakkan syarat “berpuasa Ramadan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.

Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya.  Jadi  puasa Ramadan perlu diqada terlebih dahulu.  Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih kuat kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.  Selain daripada itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima.

6. Boleh atau tidak menggabungkan puasa qada dan puasa enam?

Persoalan ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah.

Ada dalam kalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. – (Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428).

Maka sebaik-baiknya lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan,

Kesimpulannya, puasa sunat kerana Allah SWT  mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah SWT dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.

Seperti kita semua sedia maklum, semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardu.  Seharusnya kita mengambil peluang ini sebaiknya untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Walaubagaimanapun, sekiranya berkemampuan, sempurnakan dahulu qada puasa wajib yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah kita dipanjangkan usia atau diberi kesihatan yang berterusan di masa hadapan sehingga menghalang untuk kita dapat menunaikannya. 

SUMBER : Ustaz Dr Abu Anas Madani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More