Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Guru Besar Salah Guna Kuasa, Tukar Guru Sesuka Hati – SPRM Digesa Siasat

Guru besar salah guna kuasa dan menukar guru sesuka hati perlu disiasat. Guru besar yang bertugas di salah sebuah sekolah di Pahang itu dikatakan telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan menggunakan minit mesyuarat untuk membuka akaun kedai buku berasingan.

guru besar salah guna kuasa
Tindakan Guru Besar terbabit perlu diheret ke SPRM untuk siasatan lanjut.

Oleh kerana beliau cuba menyembunyikan akaun jualan harian itu dari pengetahuan PIBG, maka Yang Dipertua dan Ahli Jawantankuasa PIBG sekolah berkenaan terpaksa membantah tindakan beliau itu.

“Dalam minit mesyuarat lalu ada item-item dan syarat-syarat permohonan online (perbankan internet) dengan mewujudkan tiga ID. Namun tidak berlaku sedemikian. Guru Besar memasukkan semua nama guru termasuk beliau sebagai ‘checker’ akaun kedai buku itu. Beliau dilihat cuba memonopoli urusan pengeluaran duit. Jadi segala urusan keluar masuk duit jualan tidak diketahui oleh PIBG. Beliaulah ‘checker dan maker’ yang menyalahgunakan kuasa,” dakwa sumber tersebut.

Isi Kandungan

SALAH GUNA KUASA DAN SERING BERGADUH

Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan sering berkelahi dengan Yang Dipertua PIBG berkenaan hal-hal sekolah dan juga lain-lain. Perkelahian itu sememangnya akan terus berpanjangan kerana sikap beliau yang tidak mahu menerima pendapat dan pandangan orang lain. Oleh sebab itulah beliau sering membelakangi YDP dan para AJK PIBG untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan beliau termasuklah berkaitan dengan pendapatan jualan kedai buku PIBG.

Menurut sumber lagi, tindakan berani beliau ini juga disebabkan beliau mempunyai tali persaudaraan dengan salah seorang Timbalan Pengarah JPN Pahang dan beliau juga pernah bertugas di JPN Pahang pada beberapa tahun yang lalu.

“Pengarah sekarang dan juga rakan baik kepada ‘Pemangku Timbalan’ Sektor pengurusan sekolah JPN pahang begitu rapat dengannya. Lantaran itu beliau berkuasa dan  bebas menukarkan guru-guru yang dirasakan tidak perlu dan tidak ‘ngam’ dengannya,” dakwa sumber itu lagi.

TUKAR GURU SESUKA HATI

Dalam masa yang sama, Guru Besar tersebut juga mempunyai sikap suka mencaci dan mengherdik Ketua Kerani sekolah itu di depan pentadbir lain atas tuduhan dan prasangka yang melampau. Mana-mana guru yang “melawan” arahan dan tidak bersependapat dengannya, beliau akan hantar nama guru tersebut untuk ditukar ke sekolah lain. Bahkan kesemua GPK dibawah beliau tidak diberi kuasa penuh dan perlu mengikut telunjuk beliau. Jika tidak, mereka akan diancam ditukar ke sekolah lain walaupun atas perkara kecil sahaja.

Difahamkan juga beliau pernah meminta dipindahkan ke sekolah lain kerana tidak lagi dapat berkerja dengan baik bersama guru-guru di sekolah lamanya.

“Semuanya disebabkan tindakan beliau sendiri yang melampau dan tidak ada toleransi terhadap guru-guru dan kakitangan. Beliau sesuka hati mengatur pertukaran dan memilih sekolah yang beliau kehendaki untuk menukar guru-guru,  kerana pengaruh hebatnya di JPN Pahang”

“Bayangkan dalam tempoh dua tahun telah tiga buah sekolah beliau berkhidmat sebagai Guru Besar. Adakah beliau seorang yang hebat? Hebat kerana dapat berpindah ke mana sahaja yang dia suka. Memang besar sungguh pengaruh beliau.” kata sumber itu lagi.

Kenapa Guru Besar Salah Guna Kuasa- Guna Kuasa orang Dalam

Ada dakwaan mengatakan setiap sekolah yang beliau berkhidmat, pasti akan berlaku masalah dengan guru-guru dan juga PIBG. Sikap beliau ini mungkin berpunca daripada pengaruhnya dan beliau juga punyai hubungan yang kuat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.

“Mungkin dek kerana itulah beliau berjaya mengukuhkan cengkaman dan  tidak dimakan saman. Difahamkan beliaulah antara pencetus konflik di JPN Pahang sekarang, dan menjadi dalang pertukaran seorang Guru Penolong Kanan (GPK) yang pernah dikhianatinya semasa bertugas di sekolah yang sama dulu.”

Tambah mengejutkan, beliau pernah mengancam akan mencampakkan Guru Penolong Kanan terbabit ke sekolah lain selepas dia berpindah. Susulan ugutan itu, akhirnya GPK yang berkenaan telah diberikan surat tukar ke sekolah lain walaupun baru setahun lebih bertugas di sekolah lamanya.

Salah Guna Kuasa
Kes salah guna kuasa kerap berlaku oleh pihak atasan untuk kepentingan peribadi- Guru besar salah guna kuasa

Lihatlah betapa gila kuasanya beliau, walaupun telah berpindah sekolah namun masih lagi berkuasa menukarkan GPK di sekolah lamanya. Mungkin kerana rakan rapat dan ‘saudara’ beliau banyak membantu urusan ini,” tambah sumber itu.

Justeru pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat segera isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa ini. Kita tidak mahu ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Nama baik JPN Pahang terjejas gara-gara ‘politik dalaman’.

Sumber dari Pahang Daily

Penutup

Diharapkan perkongsian berkaitan Guru Besar salah guna kuasa ini akan memberi teladan kepada kita semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More