Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Krismas dan Hukum Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian

Hari Krismas bakal menjelma kurang dari dua minggu sahaja lagi. Semestinya berada di negara berbilang bangsa dan agama, semestinya ada dalam kalangan kita menyambutnya juga walaupun bukan beragama Kristian.

Hari Krismas dan Hukum Mengucapkan

Namun, menjadi persoalan juga kepada kita semua yang beragama Islam, apakah boleh mengucapkan Merry Christmas kepada rakan-rakan atau keluarga beragama Kristian yang menyambut perayaan Hari Krismas ini ini? Bukankah Christ itu nama kepada Jesus Crisht? Apakah dibenarkan untuk mengucapkannya kepada kenalan bukan Islam semasa Hari Krismas?

Hari Krismas dan Hukum Mengucapkan

HUKUM UCAP MERRY CHRISTMAS KEPADA NON MUSLIM

Menjawab persoalan ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukumnya adalah HARUS mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja.

Ianya kerana atas pemahaman definisi “tahniah” dalam konteks bahasa dan pemahaman yang sebenar. Dalam Bahasa Melayu, “tahniah” bermaksud: “ucapan yang ditujukan kepada seseorang untuk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat”. Maka, tahniah juga tidak semestinya menzahirkan rasa redha dan pengagungan kepada sesuatu hal.

Bagi menyokong keharusan yang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tarjihkan, mereka kemukakan sebahagian pendapat Institusi Fatwa:

  • Dar al-Ifta’ al-Misriyyah. Harus mengucapkan tahniah kepada orang bukan Muslim merayakan perayaan mereka itu dengan lafaz yang tidak bertentangan dengan akidah Islamiyyah dan perbuatan ini termasuk di bawah bab Ihsan.

Dar al-Ifta’ juga menjelaskan bahawa ucapan Merry Christmas ini tidak termasuk di bawah penyerupaan dengan bukan Islam yang dilarang, kerana larangan tasyabbuh itu meliputi perbuatan dan iktiqad yang bercanggah dengan perkara-perkara thawabit (prinsip-prinsip tetap yang qath’ie) dalam Islam.

  • Majlis Fatwa Eropah. Mereka juga mengharuskannya sesuai dengan Fiqh al-Aqaliyyat, dan ia boleh diucapkan oleh individu Muslim atau organisasi Islam kepada saudara mereka yang bukan Islam, dan ini bertujuan memelihara masyarakat minoriti Muslim itu sendiri (Minoriti Muslim di negara bukan Muslim).

Hari Krismas dan Hukum Mengucapkan

GARIS PANDUAN UMUM

Namun begitu, ianya juga tertakluk pada garis panduan umum seperti yang dikemukakan:

  • Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas untuk Hari Krismas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja.
  • Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.
  • Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.
  • Ucapan tersebut hanya sebagai tandamenjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.
  • Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38.
  • Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak. Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat.
  • Dibolehkan untuk hadir ke majilis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar RA berkata:

“Janganlah kalian menemui orang-orang musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, karena kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan)

Hari Krismas dan Hukum Mengucapkan

PENUTUP

Setelah dicemati dan diamati mendalam oleh Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat, adalah harus dengan meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan.

Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007’: “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”

Semoga bermanfaat info berkaitan hari krismas dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan!

Artikel berkaitan: etul ke takut Covid syirik?

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More