Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran HLP 2021

Tawaran HLP 2021 ini adalah makluman terkini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021.

Pegawai yang berminat boleh melayari laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 14 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan Pensyarah Universiti di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1Klt.15(3) bertarikh 14 Februari 2020 untuk rujukan.Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.

Tawaran HLP 2021 1 Tawaran HLP 2021 2

Tawaran HLP 2021 3 Tawaran HLP 2021 4 Tawaran HLP 2021 5 Tawaran HLP 2021 6 Tawaran HLP 2021 7 Tawaran HLP 2021 8 Tawaran HLP 2021 9 Tawaran HLP 2021 10 Tawaran HLP 2021 11 Tawaran HLP 2021 12 Tawaran HLP 2021 13 Tawaran HLP 2021 14 Tawaran HLP 2021 15 Tawaran HLP 2021 16 Tawaran HLP 2021 17 Tawaran HLP 2021 18 Tawaran HLP 2021 19 Tawaran HLP 2021 20 Tawaran HLP 2021 21 Tawaran HLP 2021 22 Tawaran HLP 2021 23 Tawaran HLP 2021 24 Tawaran HLP 2021 25 Tawaran HLP 2021 26 Tawaran HLP 2021 27

Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak tiga (3) set dokumen, tiga (3) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2020 (Rabu) pukul 5.00 petang kepada:

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham, Tel : 03-8872 1514, E-mel : [email protected]

Nama : Puan Paridah binti Ali, Tel : 03-8884 7947, E-mel : [email protected]

MUAT TURUN SEMUA DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN HLP 2021 INI PADA PAUTAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAWAH:

  1. Surat Edaran HLP
  2. Lampiran 1 – Syarat
  3. Lampiran 2 – Penyakit Kronik
  4. Lampiran 3 – Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan Pengajian
  5.  Lampiran 4 – Bidang Pengajian HLP 2021_Bukan Gunasama
  6. Lampiran 4 – Bidang Pengajian HLP 2021_PTD
  7. Lampiran 4 – Bidang Pengajian HLP 2021_PPsi
  8. Lampiran 4 – Bidang Pengajian HLP 2021_PLV
  9.  Lampiran 5 – Senarai Universiti
  10. Lampiran 5 – Senarai Universiti

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Tawaran HLP 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More