Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di Istana Budaya Bagi Tahun 2024

Istana Budaya kini sedang membuka pelbagai peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di Istana Budaya

Maklumat Jawatan Kosong Di Istana Budaya yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJadual GajiLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Ahli Muzik Gred B41KontrakRM 2,095.00 – RM 9,587.00Istana Budaya Kuala Lumpur31 Mac 2024 (Ahad)
Ahli Muzik Gred B29KontrakRM 1,534.00 – RM 5,707.00Istana Budaya Kuala Lumpur31 Mac 2024 (Ahad)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan jawatan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki SPM, Diploma atau jazah dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mempunyai bakat pengalaman, daya kreativiti dan berkebolehan memainkan sekurang-kurangnya satu jenis alat muzik moden atau tradisional serta boleh membaca notasi muzik dengan baik.
  5. Disahkan sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)

Ahli Muzik Gred B41 dan Ahli Muzik Gred B29 mempunyai bakat dan mahir memainkan salah satu atau lebih daripada alat-alat muzik berikut:

  • Violin.
  • Viola.
  • Cello.
  • Double Bass.
  • Oboe.
  • Flute.
  • Bassoon.
  • French Horn.
  • Trombone.
  • Timpani / Percussion.

Orkestra Tradisional Malaysia (OTM)

Ahli Muzik Gred B41 mempunyai bakat dan mahir memainkan sebarang jenis alat muzik moden atau tradisional.

Ahli Muzik Gred B29 mempunyai bakat dan mahir memainkan salah satu atau lebih daripada alat-alat muzik berikut:

  • Gambus.
  • Paluan Melayu.
  • Rebab.
  • Serunai.
Peluang Kerjaya Di Istana Budaya Bagi Tahun 2024 1

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantarkan permohonan melalui pos kepada:

Ketua Pengarah
Istana Budaya
50694 Kuala Lumpur
(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

atau e-mel kepada [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 31 Mac 2024.

Sertakan bersama dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Resume berserta gambar berwarna penuh bersaiz 4R.
  3. Salinan sijil SPM, Diploma atau Ijazah dan Sijil Berhenti Sekolah atau yang diiktiraf setaraf dengannya.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk menghadiri sesi ujian bakat dan temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di Istana Budaya Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di Istana Budaya 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di Istana Budaya 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More