Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong Bomba Mac 2023

Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Bomba Mac 2023

Apakah Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 yang ditawarkan? Jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pegawai Bomba Bantuan
  • Tarikh Tutup Permohonan: 5 Mac 2023
  • Lokasi Kekosongan: Sila Rujuk Gambar Iklan Dibawah atau Pada Iklan Penuh Permohonan
  • Sektor: Awam
  • Anggaran permulaan gaji bermula RM1,360.00-RM4,052.00
  • Elaun Kehadiran Disediakan

Info Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu agensi bomba dan penyelamat di Malaysia.  Jabatan bomba merupakan sebuah organisasi awam atau swasta yang menyediakan perkhidmatan memadam serta meredakan bencana kebakaran mengikut tahap penguatkuasaan, sama ada perbandaran, mukim, daerah, negeri atau kebangsaan.

Khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Syarat/Kelayakan Permohonan

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, calon-calon boleh menyemak syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 dibawah:

  1. Lelaki
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) / mana-mana angkatan atau skim sukarela dibawah mana-mana undang-undang bertulis
  4. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  5. Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan
  6. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah
  7. Menepati segala syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi minima 1.57 m
  • Berat badan minima 48 kg
  • Ukuran BMI adalah 18 – 30
  • Mempunyai penglihatan yang baik
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
  • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa
  • Calon hendaklah tinggal atau berkerja dalam lingkungan 5 km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan terlebih dahulu)

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat yang berdekatan.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, notis kebenaran daripada majikan, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah DISAHKAN.

Disamping itu, bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan melengkapkan Notis Kebenaran Daripada Majikan Untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 boleh didapati dari Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat yang berdekatan.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon yang dipanggil sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di Pusat-Pusat Pemilihan yang akan dimaklumkan melalui talian telefon / surat menyurat.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Bomba Mac 2023

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

 

Jawatan Kosong Bomba Mac 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Kerani 2023, Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Bomba Mac 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More