Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023

Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023

Maklumat Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pegawai Bomba Gred KB19 (209 Kekosongan)
  2. Jurufotografi Gred B19 (1 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 3 Ogos 2023 (Khamis)
  • Lokasi Kekosongan: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Semenanjung/Sabah/Sarawak)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Bomba

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan: KB19: RM1,360.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: KB19: RM1,418.12); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: KB19: RM1,476.24); atau

(d) Bekas Anggota Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat lantikan tambahan yang ditetapkan.

(e) Syarat Lantikan Tambahan adalah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6 / 9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
  • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

(f)  Kepujian di peringkat SPM / SVM bagi syarat kelayakan Bahasa Melayu.

Jawatan Jurufotografi

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan / atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan (Gaji Permulaan: B19: RM1,360.00); atau

(b) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memilki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan: B19: RM1,360.00); atau

(c) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: B19: RM1,418.12); atau

(d) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: B19: RM1,476.24).

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada 3 Ogos 2023, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI BOMBA<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN JURUFOTOGRAFI<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di SEDA 2023, Jawatan Kosong Di DUBBM 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Bomba Ogos 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More