Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di JSM November 2023

Jawatan Kosong Di JSM November 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Apakah Jabatan Standard Malaysia?

Jabatan Standard Malaysia (JSM) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan yang memberi keyakinan penuh kepada pihak yang berkepentingan, menerusi perkhidmatan standardisasi dan akreditasi yang boleh dipercayai untuk persaingan global.

JSM adalah sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1996.

Maklumat Jawatan Kosong Di JSM November 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di JSM November 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pegawai Tadbir Gred N41
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2023 (Khamis)
  • Kementerian / Jabatan: Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Pelaburan,
    Perdagangan dan Industri (MITI)
  • Lokasi Penempatan: Jabatan Standard Malaysia Level 4-7, Menara 2, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Contract of Service)
  • Tempoh Kontrak: Januari 2024 – 31 Disember 2025
  • Gaji Permulaan: RM2080.00

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JSM November 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki kelayakan seperti berikut:
    i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    ii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Berkebolehan menggunakan aplikasi MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint.
  6. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar.
  7. Boleh bekerja dalam tekanan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  8. Mempunyai tahap kesihatan yang optimum.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, sila muat turun Borang Permohonan Pegawai Kontrak (Contract of Services) atau boleh juga imbas kod QR pada IKLAN PENUH PERMOHONAN.

Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar bersama dengan salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat e-mel [email protected] dan borang yang dihantar secara hardcopy TIDAK akan diterima dan diproses.

Calon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Contract of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik Pegawai ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau pihak berkuasa melantik berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuat kuasa sekiranya Pegawai berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JSM November 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di JSM November 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di KPTM November 2023, Jawatan Kosong Di Tabung Haji November 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di JSM November 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More