Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di KKM 2024 (Pengambilan Semenanjung, Sabah & Sarawak)

Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di KKM

Maklumat Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJumlah KekosonganJumlah SimpananLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)36KKM Sabah9 Mei 2024
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)48KKM Sarawak9 Mei 2024
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)1320KKM Semenanjung9 Mei 2024
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 15KKM Semenanjung9 Mei 2024
Penolong Pengurus Asrama Gred N2915KKM Sarawak9 Mei 2024
Penolong Pegawai Sains Gred C2915KKM Semenanjung9 Mei 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Di KKM 2024 (Pengambilan Semenanjung, Sabah & Sarawak) 1
Jawatan Kosong Di KKM

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N29: RM1,770.95); dan
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Hanya calon yang telah memperoleh STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji Permulaan Q29: RM1496.00); atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,496.00); atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan Q29: RM1,496.00); atau
  • Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,774.37); atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,849.57); atau
  • Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,924.77); dan
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Hanya calon yang telah memperoleh STPM / Sijil Matrikulasi KPM / Sijil / Sijil Pertanian / Diploma / Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: N29: RM1,770.95); dan
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Hanya calon yang telah memperoleh STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan C29: RM1,505.00); atau
  • Sijil Matrikulasi KPM (Jurusan Sains). (Gaji Permulaan C29: RM1,505.00); atau
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan C29: RM1,782.91); atau
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan C29: RM1,858.12); dan
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Hanya calon yang telah memperoleh STPM / Sijil Matrikulasi KPM / Diploma dalam bidang sains atau teknologi atau kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 9 Mei 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Di KKM 2024 (Pengambilan Semenanjung, Sabah & Sarawak) 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di KKM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di KKM bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More