Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di KUIS 2023

Jawatan Kosong Di KUIS 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di KUIS 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di KUIS 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Penolong Juruaudit (Gred W27)
  2. Juruteknik Mekanikal (Gred J17)
  3. Pengawal Keselamatan (Gred KP11)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 2 Jun 2023 (Jumaat)
  • Lokasi Penempatan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Taraf Lantikan: Kontrak/Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan mengikut jawatan adalah seperti ketetapan yang berikut.

Jawatan Penolong Juruaudit

Calon-calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil-sijil seperti berikut:
    (a) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    (c) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan

Jawatan Juruteknik Mekanikal

Calon-calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil seperti berikut:
    (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau
    (b) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Jentera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan
  6. Berkebolehan melaksanakan kerja-kerja seperti mengurus, memeriksa, menyelia dan menyelenggara kerosakkan fizikal mekanikal dan elektrik

Jawatan Pengawal Keselamatan

Calon-calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan diberi kepada calon berumur tidak kurang daripada 25 tahun sehingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa Malaysia yang memuaskan
  5. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    (a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    (b) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
    (c) Mempunyai ukuran indeks jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
    (d) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
    (e) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
    (f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
    (g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
  6. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 3 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:

  1. Sijil Kelahiran yang telah disahkan
  2. Kad Pengenalan yang telah disahkan
  3. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan)
  4. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan)
  5. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan)
  6. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan)
  7. Sijil Kokurikulum
  8. Profil Peribadi/Resume

Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sila kemukakan permohonan melalui e-mel [email protected] (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).
** Sila nyatakan nama jawatan pada tajuk e-mel.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di KUIS 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di NIBM 2023, Jawatan Kosong Di JPA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di KUIS 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More