Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat kini dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. Akauntan
  2. Penolong pegawai penilaian
  3. Penolong Jurutera
  4. Penolong arkitek landskap
  5. penolong pegawai kesihatan persekitaran
  6. pembantu kesihatan awan
  7. Pembantu tadbir
  8. Pemandu Kenderaan
  9. Pembantu Awan
  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kuala Langa
  • Lokasi Kekosongan: Selangor
  • Tarikh Tutup Permohonan : 17 Mac 2021

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat

Syarat Permohonan

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Cara membuat permohonan

Permohonan hendaklah mengisi Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mpkl.gov.my.

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan
Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran
pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa
pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon,
salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah
diakui sah oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/
Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung.Nama jawatan hendaklah dicatat di
penjuru kanan sampul surat.

Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan
perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency,
MQA)

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan hanya calon-calon yang layak melepasi
tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya jam 4.30 petang
pada tarikh tutup permohonan ke :

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING

Tarikh permohonan pada 4 Mac 2021 hingga 17 Mac 2021.

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat 1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Di JPNIN

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More