Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai 

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai  dibuka  untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai seperti dibawah:

Isi Kandungan

Jawatan Kosong

  1. ARKITEK LANDSKAP GRED J41
  2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
  3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
  4. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
  5. PENOLONG AKAUNTAN  GRED W29
  6. PEMBANTU OPERASI GRED N11
  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kulai
  • Lokasi Kekosongan: Johor 
  • Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2021

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai 

Syarat Permohonan

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Cara membuat permohonan

Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang   boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi   dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my

Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).

Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.

Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.18 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2012 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS PERBANDARAN KULAI,

JALAN PEJABAT KERAJAAN,

81000 KULAI, JOHOR.

U.P :  UNIT SUMBER MANUSIA

 

Pada atau sebelum jam 12.00 Tengahari pada 18 Mac 2021

dengan mencatat nama dan jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

Hanya calon – calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak  berjaya.

Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN

 

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai  1

 

Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Di Institut Perakuanan Negara

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More