Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di MDKT 2023

Jawatan Kosong Di MDKT 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di MDKT 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di MDKT 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. JURUTERA JA41
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,696
  3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
    • Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,052
  4. PEMBANTU OPERASI N11
    • Jadual Gaji: RM1,216 – RM2,983
  5. PEMBANTU AWAM H11
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  6. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos 2023 (Rabu)
  • Lokasi Penempatan: Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
  • Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Jurutera JA41

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred JA41 : RM2,529.00); dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(c) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau

(d) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf selaras dengannya; atau

(e) Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf selaras dengannya; dan

(f) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Berat Badan (BMI) di antara julat 19 ingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM2,529.00)

(g) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Kesihatan Awam U19

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan SERTA Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,418.12); dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Operasi N11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau

(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,262.15); dan

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Awam H11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00); dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Pemandu Kenderaan H11

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(b) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam
tempoh percubaan (P)]; dan

(c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(d) Gaji permulaan H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • Lesen D : RM1,264.15
  • Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
  • Lesen F/H : RM1,356.45
  • Lesen G/I : RM1,402.60
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00)

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dimuat turun melalui laman web Portal Rasmi MDKT sahaja dengan bayaran kiriman wang pos / tunai RM1.00. Semua permohonan hendaklah disertakan:

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Kelahiran.
  2. Salinan Sijil-sijil Akademik.
  3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  4. Salinan Lesen Memandu (jawatan berkaitan).
  5. Gambar Warna Berukuran Passport.
  6. Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah).

Surat atau dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di MDKT 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2023, Jawatan Kosong Di Majlis Amanah Rakyat 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di MDKT 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More