Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di MIROS 2023

Jawatan Kosong Di MIROS 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk syarat/kelayakan permohonan di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja yang multi-tasking serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di MIROS 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di MIROS 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

Jawatan

Info Lanjut

Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q19)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 17 Mac 2023
  • Klasifikasi: Penyelidikan dan Pembangunan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,355
  • Insentif: RM572
  • Status Pelantikan: Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MIROS 2023 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

atau

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan  yang diiktiraf oleh Kerajaan

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon

Permohonan bagi Jawatan Kosong Di MIROS 2023 ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MIROS yang boleh dimuat turun -daripada sini- dan perlu diisi dengan lengkap serta dilampirkan bersama:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja)
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan – SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan
  • Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan MQA)

Seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Urus Setia Pengambilan,

Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,

Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang, Selangor.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2022 (Jumaat)  jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temuduga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di MIROS 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

 

Jawatan Kosong Di MIROS 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia 2023, Jawatan Kosong Di KTMB 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di MIROS 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More