Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023

Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di MPAJ 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Gaji: RM2,315 – RM9,618)
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Gaji: RM1,549 – RM5,684)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 6 Jun 2023 (Selasa)
  • Lokasi Penempatan: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

Syarat-syarat kelayakan mengikut jawatan adalah seperti ketetapan yang berikut.

Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
    kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM 2,315.00); atau

  • Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2,522.44); atau

  • Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan
    yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11); dan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau
    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM 1,549.00); atau

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89); dan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Cara Memohon

Permohonan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui Laman Web Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  2. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
  3. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika berkenaan);
  4. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
  5. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
  6. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di MPAJ 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di NIBM 2023, Jawatan Kosong Di Amanah Raya Berhad 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di MPAJ 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More