Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Tetap Jawatan Kosong Di MPK 2023

Jawatan Kosong Di MPK 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di MPK 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di MPK 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Penolong Jurutera Gred JA29 (1 Kekosongan)
  2. Penolong Pegawai
    Tadbir Gred N29 (1 Kekosongan)
  3. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (1 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 7 Mei 2023 (Ahad)
  • Lokasi Kekosongan: Majlis Perbandaran Kluang, Johor
  • Pelantikan Jawatan: Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Permohonan Jawatan Kosong Di MPK 2023 ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan. Syarat-syarat khusus mengikut jawatan adalah seperti ketetapan yang berikut.

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MPK 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

dan

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik politeknik tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji Permulaan: RM1,549.00]

atau

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji Permulaan: RM1,935.02]
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MPK 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

dan

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

atau

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai:
  1. Diploma dalam bidang Komunikasi dan Media
  2. Mahir menggunakan aplikasi Photoshop, Illustrator, Indesign dan mampu untuk mereka bentuk, membangunkan susun atur dan pengeluaran semua komunikasi pemasaran dan bahan sokongan pemasaran untuk media cetak dan elektronik seperti Iklan, risalah, sepanduk, poster, bahan paparan dalaman, Video dan sebaginya
  3. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang korporat dan media sekurangkurangnya 2 tahun

Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di MPK 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)

atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai:
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  2. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penilaian Cukai Taksiran Harta di Pihak Berkuasa Tempatan sekurang-kurangnya 2 Tahun
  3. Mahir menggunakan aplikasi Excel, Word, PowerPoint dan AUTOCAD

Cara Memohon 

Permohonan jawatan kosong perlu dibuat secara dalam talian (online) di Laman Web Majlis Perbandaran Kluang atau terus kepada Sistem Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (eJOB) sebelum atau pada 7 Mei 2023.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di MPK 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di MPK 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Dewan Bahasa Dan Pustaka 2023, Jawatan Kosong Di Jabatan Perikanan Malaysia 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di MPK 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More