Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023

Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Apa Itu SUHAKAM?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia.

SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang berikut.

Maklumat Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
  • Tarikh Tutup Permohonan: 15 September 2023 (Jumaat)
  • Jabatan / Kementerian: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
  • Lokasi Penempatan: Ibu Pejabat Kuala Lumpur
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Projek European Union)
  • Tangga Gaji: RM1,493.00
  • Elaun Tetap: RM810.00
  • Bilangan Kekosongan: 1

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik dan tugas jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya.

(b) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya.

(c) Mempunyai pengalaman dalam sistem pemfailan dokumen dan pengurusan rekod kewangan.

(d) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum.

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam hak asasi manusia.

Tugas Dan Tanggungjawap

Penolong Pegawai Tadbir projek European Union adalah bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

  1. Membantu pegawai dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti projek European Union seperti penganjuran seminar, ceramah, bengkel, dialog, mesyuarat, pameran dan sebagainya.
  2. Menguruskan sistem pemfailan, rekod kewangan dan surat-menyurat projek European Union.
  3. Membuat salinan dan penyediaan dokumen untuk tujuan mesyuarat / bengkel / seminar.
  4. Membuat persediaan untuk mesyuarat serta memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan baik.
  5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan seperti

  • surat permohonan yang mengandungi maklumat diri,
  • salinan sijil-sijil akademik,
  • salinan Kad Pengenalan,
  • surat rujukan yang telah disahkan, dan
  • sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan)

sebelum atau pada 15 September 2023 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di UMK 2023, Jawatan Kosong Di LKM 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di SUHAKAM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More