Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023

Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. JURUTERA (AWAM) Gred J41
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR Gred N29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  • Tarikh Tutup Permohonan: 17 Ogos 2023 (Khamis)
  • Lokasi Kekosongan: Pusat Perumahan Pelajar, UKM

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Jurutera (Awam) 

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(c) Berdaftar dengan Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Gaji Permulaan pada Gred J41: RM2,529.00).

(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  • Boleh bekerja pada bila-bila masa seperti diminta.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (RM1,493.00); atau

(c) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (RM1,493.00); atau

(d) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (RM1,770.95).

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang permohonan di pautan berikut mengikut jawatan yang ingin dipohon.

>>>Borang Permohonan Jawatan Jurutera (Awam) J41<<<

>>>Borang Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29<<<

Pemohon disarankan untuk mengisi semua maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam borang permohonan. Kegagalan pemohon berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan ditolak dan tidak akan diproses.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di DUBBM 2023, Jawatan Kosong Di KEDA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di UKM Ogos 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More