Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Guru di Institut Pendidikan MARA 2022

Jawatan Kosong Guru di Institut Pendidikan MARA kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited untuk mengisi kekosongan tersebut. Permohonan boleh mula dibuat sebelum tarikh tutup pada 25 April 2022.

Calon-calon yang berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MARA adalah dialu-alukan untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Guru

Berikut adalah maklumat berkenaan jawatan kosong guru yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA):

Jawatan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Gred Jawatan

DG41

Taraf Jawatan

Kontrak

Gaji

Minimum RM2,188.00

Maksimum
RM9,552.00

Bidang / Subjek

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Bimbingan & Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Geografi
  8. Logistik
  9. Matematik
  10. Media
  11. Pendidikan Islam
  12. Pendidikan Islam (Tahfiz)
  13. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  14. Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
  15. Pengurusan Perniagaan
  16. Prinsip Akaun / Perakaunan
  17. Reka Bentuk Teknologi
  18. Sains Komputer
  19. Seni Persembahan
  20. Seni Reka Grafik

Lokasi Jawatan

Institut Pendidikan MARA Seluruh
Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan

25 April 2022

Syarat Kelayakan Pelantikan Jawatan

Sebelum membuat permohonan, semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk jawatan kosong guru MARA ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat fizikal dan mental;
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  6. Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
  8. Mendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    – https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau
    – https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
  11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain;
  12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.

Cara Memohon Jawatan Kosong Guru MARA

Untuk memohon jawatan kosong guru ini, pastikan:

  1. Pemohon mestilah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan.
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 12 April 2022 menerusi pautan berikut: https://www.mara.gov.my atau terus klik pautan PERMOHONAN JAWATAN DALAM MARA.
  3. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan, permohonan anda akan terbatal. Maklumat-maklumat tersebut seterusnya akan disemak secara lebih terperinci pada hari temu duga.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2022 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam

Jawatan Kosong Guru MARA 2022

Tarikh Penting

Tarikh Permohonan Dibuka : 12 April 2022

Tarikh Permohonan Ditutup : 25 April 2022 (jam 11.59 malam)

Kaedah Pelaksanaan Permohonan Jawatan

MARA telah menggariskan beberapa perkara kaedah pelaksanaan bagi permohonan jawatan kosong guru DG41 yang mereka iklankan, seperti berikut:

  1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja akan diproses;
  2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria yang ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang menepati bidang / subjek yang dipohon;
  3. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre);
  4. Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;
  6. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41;
  7. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected]

Iklan Penuh Jawatan Kosong Guru MARA 2022

NOTA PENTING: Iklan Jawatan Kosong Guru di Institut Pendidikan MARA ini hanya sah pada tarikh yang dipaparkan sahaja. Oleh yang demikian, adalah diminta untuk pemohon merujuk tarikh artikel dan juga tarikh di dalam iklan permohonan dengan betul serta teliti. Sebarang kerumitan, masalah mahupun salah faham yang mungkin timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan Kerja Kosong/Jawatan Kosong

Sekiranya anda mencari jawatan kosong atau kerja kosong yang berlainan, di sini kami senaraikan beberapa makluman berkenaan kerja kosong terkini:

Atau anda juga boleh layari portal Kerja Kosong kami melalui pautan berikut: Kerja Kosong

Apa Tips Untuk Hadiri Temu Duga Pekerjaan?

Sebelum menghadiri temuduga pekerjaan yang anda mohon, seperti temuduga untuk Jawatan Kosong Guru MARA ini, adalah penting untuk anda membuat persediaan yang secukupnya. Di sini kami kongsikan sedikit tips penting untuk menghadiri temuduga:

  • Berpakaian kemas, supaya tampak profesional dan menarik : penampilan diri perlu dijaga apabila anda ingin hadiri temuduga.
  • Sediakan resume yang padat, dan menarik
  • Datang dalam keadaan tenang : pastikan anda cukup rehat, dan sudah bersedia dengan semua yang diperlukan untuk temuduga tersebut
  • Buat sedikit latihan untuk bersedia ketika sesi temuduga
  • Ambil tahu isu semasa dan berita terkini di Malaysia

Selamat maju jaya buat semua pemohon, dan yang sedang mencari pekerjaan. Kami harapkan sedikit tips yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat buat anda semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More