Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak kini membuka peluang kerjaya untuk anda yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanInfo Lanjut
1. Pegawai Syariah Gred LS41
2. Penolong Pegawai Syariah Gred LS29
– Tarikh Tutup Permohonan: 17 Disember 2023 (Ahad)
– Lokasi Penempatan: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
– Taraf Jawatan: Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman
– Jadual Gaji Pegawai Syariah Gred LS41: RM2,418 – RM9,607
– Jadual Gaji Penolong Pegawai Syariah Gred LS29: RM1,494 – RM5,674
Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (anak kelahiran Negeri Sarawak).
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS).
  4. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh di dapati di bawah.
Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 1
Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023

Jawatan Pegawai Syariah Gred LS41

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS41: RM2,418.00); atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS41: RM2,418.00).
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,494.00); atau
  2. Diploma dalam bidang pengajian Islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,772.65).
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web e-Recruitment Sistem Permohonan Kerja Atas Talian sebelum tarikh tutup permohonan, 17 Disember 2023.

Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-Recruitment.

Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan / atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More