Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia Tahun 2025

Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPenolong Kurator Gred S5
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap.
Jumlah Kekosongan4 (Lelaki)
Jumlah Simpanan20 (Lelaki)
Kementerian / JabatanJabatan Muzium Malaysia
Lokasi PenempatanJabatan Muzium Malaysia (Semenanjung)
Kumpulan PerkhidmatanKumpulan Pelaksana
Kenaikan Pangkat Ke Penolong Kurator Gred G6Penolong Kurator Gred S5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Kurator Gred S6 yang kosong apabila telah:
– disahkan dalam perkhidmatan;
– mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
– memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
– diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
Deskripsi TugasBertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Tarikh Tutup Permohonan3 Julai 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
  5. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
  6. Diploma dalam bidang Seni Lukis, Seni Reka, Seni Halus, Seni Bina, Sains, Permuziuman, Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  8. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan yang berkenaan.
  9. Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
  • Antropologi dan Sosiologi;
  • Sejarah; atau
  • Seni Lukis / Seni Reka.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 3 Julai 2025, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia Tahun 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More